بسم الله الرحمن الرحيم
"Barangsiapa yang tidak pandai mensyukuri harta yang sedikit, dia
tak akan mampu mensyukuri harta yang banyak. Barangsiapa tidak mampu
memanfaatkan ilmu yang sedikit, dia akan lebih tidak mampu memanfaatkan ilmu
yang banyak" (Imam Abdullah al-Haddad)
Seseorang yang pandai bersyukur dengan hartanya yang sedikit, pada hari
kemudian dia akan lebih 'bijak' bersyukur dengan limpahan harta yang
banyak. Rezeki yang diterima dengan senang hati dan lapang dada, bermuara pada
kenikmatan yang tidak terkira. Meskipun rezeki tersebut sedikit, namun kerana ia
diterima dengan sukacita, bakal menjadi nikmat dan kebahagiaan. Sebaliknya, jika seseorang tidak mempunyai rasa syukur dan terima kasih atas kurniaan Allah SWT
kepada dirinya, sampai bila-bila pun dirinya tidak akan pernah berasa puas. Hawa
nafsunya dirasuki sifat tamak dan rakus. Walaupun gajinya berjuta-juta setiap tahun atau bulan, tetapi sikap tamak pada dirinya itulah yang menjadikan dia berasa seperti
orang susah, miskin yang selalu mengemis.
Pasti berbeza halnya dengan seseorang yang syakir
(bersyukur) dan qanû` (orang yang menerima seadanya), berapa pun nilai kuantiti
rezeki yang diperoleh, pasti selalu dia sikapi dengan penghargaan serta memanfaatkan rezeki itu
dengan sebaik-baikya. Orang yang bersyukur dengan beberapa helai wang,
dia memberi nafkah keluarganya. Dengan rezeki
yang cukup itu, dia ungkapkan rasa syukur kepada Tuhannya. Dengan begitu, dia
telah menjadi 'orang kaya' pada ketika itu juga.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
لَيْسَ الغِنىَ بِكَثْرَةِ العَرَضِ إِنَّمَا
الغِنىَ غِنىَ النَّفْسِ
“Kekayaan itu tidak terletak pada banyaknya harta, tapi ada
pada kekayaan hati”
Dalam hadith yang lain, Nabi Muhammad SAW juga bersabda: "Tamak merupakan penyakit yang menyebar.”
Pada prinsipnya, orang yang rakus - yang tidak memiliki rasa
syukur - selalu berada dalam kemiskinan dan kekurangan. Kefakiran yang dia
rasakan itu tidak perlu menunggu lenyapnya harta yang dimiliki. Cukup dengan
ketamakan serta kerakusannya itulah yang akhirnya membawa dirinya ke lembah
kehinaan, kenistaan, dan kehilangan harga diri sebagai makhluk yang sempurna.
Renungkanlah ungkapan indah Nabi Muhammad SAW ini:
لَوْ كَانَ لِابْنِ آدَمَ وَادِيَانِ مِنْ
ذَهَبٍ لَابْتَغَى الثَّالِثَ وَلَا يَمْلَأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلَّا التُّرَابُ
وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ رواه
احمد
“Seandainya anak Adam mempunyai dua lembah (berisi) dari
emas, pasti dia menginginkan lembah yang ketiga; tidak ada yang mengisi perut anak
Adam kecuali tanah, serta Allah menerima taubat orang yang mahu kembali
kepada-Nya.” (Hadith riwayat Ahmad)
Demikian peringatan Nabi Muhammad SAW buat diri kita supaya
memiliki sikap qanâ`ah. Sikap qanâ`ah-lah yang membuat hati kita kaya akan rasa
bersyukur. Dengan qana`ah, maqam kita akan jauh menuju maqam redha, redha
dengan rezeki yang Allah SWT telah beri kepadanya.
Dalam hubungan ini, kita perlu tahu bahawa segala sesuatu sudah
ada ukurannya. Tidak terkecuali dalam persoalan pembahagian rezeki.
Setiap orang tidak akan luput dari rezekinya; tidak akan tertukar dengan lainnya.
Kerana itulah, qana`ah boleh menjadi benteng dari sikap rakus harta. Syarat utama
seseorang yang qanâ`ah rela dengan takdir Allah SWT, rela dengan rezeki-Nya. Habib Abdullah al-Haddad bersyair:
إِنَّ القَناَعَةَ كَنْزٌ لَيْسَ بِالفاَنِيْ
* فَاغْنَمْ هُدِيْتَ أُخَيَّ عَيْشَهَا الهَانِيْ
وَعِشْ قَنُوْعاً بِلاَ حِرْصٍ وَلاَ طَمَعٍ
* تَعِشْ حَمِيْدًا رَفِيْعَ القَدْرِ وَالشَّأْنِ
Sikap qana`ah adalah khazanah yang tidak ada habisnya,
Hai saudaraku, manfaatkan hidup di dunia dengan sikap qana`ah, nescaya kau dibimbing,
Hiduplah sebagai seorang yang bersahaja tanpa rasa tamak dan
rakus,
Pasti engkau akan hidup dalam keadaam mulia.
Di sudut lain, harta merupakan 'kotoran'. Kamu membeli roti dan
memakannya selang beberapa jam akan menjadi kotoran. Baju yang kamu pakai ketika ini mungkin kelihatan begitu indah, tetapi siapa menyangka bahawa sepuluh tahun
baju itu akan menjadi barang usang dan buruk. Tubuh yang kamu jaga dengan
baik, dari hujung rambut hingga hujung kaki, namun ketika kamu mati menjadi mayat - tak berdaya - yang akan menjadi santapan cacing-cacing dalam kubur. Dunia ialah 'kotoran',
seperti yang disebut bahawa “Barangsiapa matlamat hidupnya untuk dunia, maka nilai
orang tersebut sama dengan kotoran yang keluar dari perutnya.”
Dikisahkan, suatu peristiwa Imam Ali dan sahabat-sahabatnya
berjalan dan melihat longgokan sampah di salah satu sudut jalan. Di situ, Imam
Ali berhenti dan berkata: “Inilah sampah bekas barang yang kelmarin
dibangga-banggakan oleh orang-orang.”
Masih dalam kaitan ini, pernah Rasulullah SAW melihat bangkai
kambing diseret oleh penduduk setempat untuk dibuang. Kemudian Rasulullah SAW bertanya
kepada para sahabatnya: “Bagaimana pendapatmu tentang kambing ini?”
“Ya, wahai Rasulullah, begitu hinanya kambing ini hingga dibuang
begitu sahaja.”
“Allah lebih jijik melihat dunia ini yang kehinaannya
melebihi bangkai kambing tersebut,” kata Rasulullah SAW.
Orang yang melarat ialah orang yang tidak mensyukuri nikmat
Allah SWT. Ketika kamu menjamu tempe jangan berfikir makan sate tapi santaplah
makanan sekelas tempe itu dengan memikirkan keadaan saudara-saudara kamu yang kadang kala tidak makan seharian suntuk.
Qana`ah dan Ilmu
Penting juga untuk diketahui bahawa sikap qanâ`ah akan lahir
apabila kita membekalkan diri dengan ilmu. Ilmu yang manfaat ialah ilmu yang
diamal. Ilmu dicari untuk diamal sebagaimana pen yang dibeli digunakan
untuk mencatat atau cangkul yang digunakan untuk menggali tanah (kebun), seperti
itulah ilmu, ia berfungsi sebagai alat untuk beramal kebajikan. Tidak perlu
banyak ilmu (tidak perlu menuntut semua ilmu), yang penting ilmu itu dimafaatkan. Sabda Nabi SAW: “Barangsiapa
mengamalkan ilmu yang dia ketahui, Allah akan berikan ilmu yang tidak dia
ketahui.”
Contoh ilmu yang bermanfaat, kamu mengetahui keutamaan solat
berjemaah, maka setiap waktu kamu melaksanakan solat secara berjemaah. Kamu
tahu dosa berbohong, maka jangan sampai kamu berbohong. Indikasi ketidakmanfaatan
ilmu ialah bahwa tindak-tanduk kamu bertentangan dan berlawanan dengan ilmu
yang kamu pelajari. Kamu tahu bahawa berbohong merupakan dosa, tetapi lisan kamu 'basah dengan dusta dan pembohongan.
Ilmu tidak sama dengan harta. Allah SWT memberi kita ilmu untuk dilaksana,
diajarkan kepada orang lain. Di situlah Allah SWT akan memberi 'bonus'. Namun berbeza halnya dengan
harta. Kamu memiliki wang lima ribu lalu kamu sedekahkan dua ribu dan bakinya tinggal tiga
ribu. Ilmu semakin bertambah jika disedekahkan sedang harta akan berkurang
jika diinfakkan.
Seorang alim yang tidak mengamalkan ilmunya akan menjadi
perosak seperti pengembala kambing ditugaskan untuk menjaga gembalaannya supaya
tidak tersesat atau terjatuh ke jurang. Tentunya beza dengan pengembala yang
jahat, ia lantas menjadi sumber kecelakaan bagi gembalaannya itu sendiri seperti
ilustrasi kata bijak pandai:
وَرَاعِي الشَّاةِ يَحْميِ الذِّئْبَ عَنْهَا
، فَكَيْفَ إِذاَ الرُّعاَةُ لَهَا ذِئاَبُ
“Seorang pengembala kambing (bertugas) menjaga kambing dari terkaman serigala, namun bagaimana halnya apabila ternyata pengembala itu sendiri
adalah serigala?”
Ulama yang hidup dalam masyarakat, tugasnya melindungi
masyarakat dari kemungkaran dan kerosakan akhlak. Ironinya, tidak sedikit
antara para ulama yang akhlaknya seperti Yahudi dan Nasrani. Dengan kata lain,
mereka bercirikan:
ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ
“Patutkah kamu menyuruh manusia berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan
diri kamu sendiri; padahal kamu membaca Kitab Allah, tidakkah kamu
berakal?” (Surah al-Baqarah [02] : 44)
Ayat di atas menceritakan sikap orang-orang Yahudi dan
ternyata banyak dari kalangan orang-orang berilmu yang bersikap seperti itu juga.
Akibat dari sikapnya itu, kaum Yahudi dan kaum Nasrani bertenggek dalam
kehinaan dan keburukan. Hal ini kerana mereka mengingkari kebenaran setelah mereka
mengetahuinya. Kebenaran yang diperoleh bukan diamalkan malah diingkari. Jadilah
mereka kaum yang hina.
ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ
“Orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui (Nabi
Muhammad) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Dan
sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran
itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian).” (Surah al-Baqarah [02] : 146)
Wallahu a'lam
FORSAN SALAF
Wallahu a'lam
FORSAN SALAF
No comments:
Post a Comment