Friday, July 29, 2011

Kata Hikmah Ibn 'Atoillah al-Sakandari

"Bagaimana hati akan (dapat) bersinar
sedangkan gambar-gambar alam semesta ini
tertera dalam cermin hatinya?

Atau bagaimanakah dia
akan (dapat) berjalan pergi kepada Allah
sedangkan dia terbelenggu
dengan keinginan-keinginan nafsu syahwatnya?

Atau bagaimanakah dia berkeinginan
masuk ke hadhrat Allah
sedangkan dia tidak bersuci
daripada janabah kelalaiannya?

Atau bagaimanakah dia berharap (dapat)
memahami rahsia-rahsia yang halus
walhal dia tidak bertaubat
dari dosa-dosa kesalahan?"



-Ibn 'Atoillah al-Sakandari-

Wednesday, July 27, 2011

Tipuan Dunia

Aku melihat tipu muslihat dunia,
tatkala ia bertenggek di atas kepala-kepala manusia,
dan membincangkan manusia-manusia
yang terkena tipunya.
Bagi mereka,
Orang sepertiku tampak amat tak berharga.
Aku disamakan olehnya,
dengan anak kecil yang sedang bermain di jalanan.

-Imam Syafi'e Rahimahullah-

Saturday, July 16, 2011

Mengapa Tak Mahu Perubahan?

Dalam tajuk 'Soal Dan Jawab', Tok Kenali menyusun jawapan;

"Payah hendak melihat anak bangsa Melayu ini bertajbi atas kuda kepandaian di medan ketinggian yang sudah dapat letaknya kepada bangsa yang sudah berebut mereka itu pada yang menjayakan dia.

Dalil menunjukkan sahaya lihat anak-anak putera bumi sahaya ini tiada sangat berbeza di antara mereka itu bernaung di bawah telinga gajah[1] dan masa mereka berteduh di bawah dagu singa[2].

Hanya mereka itu mendiamkan diri seolah-olah memacak paku sekeru cakerawala tiada boleh bergerak-gerak lagi dan tiada boleh berubah hal dunia ini daripada kelakuan yang yang sudah maklum, pada halnya kita melihat dunia ini berubah tiada tetap hingga kita boleh tulis ketetapannya itu dalam buku-buku".[3]

__________________________________________________

Nota Kaki

1. Gajah merujuk kepada Siam.
2. Singa merujuk kepada Inggeris.
3. PENGASUH: Tahun Satu, Bil. 2, 22 Ogos 1918

Sunday, July 10, 2011

Imam Syafi'e - Tentang Cinta

Tentang Cinta

"Engkau derhaka kepada Allah,
dan sekaligus menaruh cinta kepada-Nya.
Ini adalah suatu kemustahilan.
Apabila benar engkau mencintai-Nya,
pastilah engkau taati semua perintah-Nya.
Sesungguhnya orang menaruh cinta,
Tentulah bersedia mentaati perintah orang yang dicintainya.
Dia telah kirimkan nikmat-Nya kepadamu,
setiap saat dan tak ada rasa syukur,
yang engkau panjatkan kepada-Nya."


Imam Syafi'e

Tuesday, July 5, 2011

Syair - Kerosakan Besar

Syeikh (al-Imam al-Ajall) Burhanuddin mengarang serangkap syair;

فَسَادٌ كَبِيْرٌ عَالِمٌ مُتَهَتِّكٌ * وَاكْبَرُ مِنْهُ جَاهِلٌ مُتَنَسِكٌ
هُمَا فِتْنَةٌ فِيْ الْعَالَمِيْنَ عَظِيْمَةٌ * لِمَنْ بِهِمَا فِيْ دِيْنِهِ يَتَمَسّكٌ


“Berlaku kerosakan besar apabila ulama’ membelakangi syara’ dan yang terlebih besar lagi ialah apabila si jahil yang menjadi ‘abid,
Kedua-duanya merupakan fitnah besar di dunia ini bagi orang yang berpegang kepada mereka dalam hal keagamaannya.”

Friday, July 1, 2011

Pengumuman Kuliah Maghrib

Assalamu'alaikum.

Insya Allah, pada 30 Rejab 1432H (2 Julai 2011) hari Sabtu malam Ahad, Kuliah Maghrib (Tauhid) akan diadakan di Masjid Jame' Kampung Telok Kemang, Sg. Mati, Ledang, Johor. Kuliah akan disampaikan oleh al-Faqeh Hj. Zaid Bin Anwar (Faqeh Zaid) dan menggunakan kitab al-Dur al-Thamin bagi Syeikh Daud Bin Syeikh Abdullah al-Fatoni. Muslimin Muslimat dijemput hadir.




Kitab al-Dur al-Thamin bagi Syeikh Daud Bin Syeikh Abdullah al-Fatoni