Friday, March 27, 2009

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم...

Hari Jumaat datang lagi. Penghulu segala hari. Hari yang mengandungi banyak hikmah dan fadhilat di dalamnya. Marilah sama-sama kita merebut peluang yang ada untuk terus meningkatkan ibadah terutamanya pada hari Jumaat yang mulia ini. Bagi kaum lelaki, bersegeralah menuju ke masjid kerana ia merupakan perkara yang amat digalakkan dan mengandungi banyak kelebihan padanya.
Pada hari yang mulia ini juga, marilah kita sama-sama memperbanyak selawat ke atas Rasul junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w sesuai dengan firman Allah Taala yang kalau dibaca, semua yang mengaku Islam pernah mendengarnya iaitu maksudnya : “Sesungguhnya Allah dan Para malaikat berselawat ke atas Rasul. (Dari itu), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya (Rasul)…”.

Banyak lagi kelebihan dan fadhilat yang terdapat pada hari Jumaat ini. Semoga kita semua dapat menggunakan peluang yang ada untuk menambah ketaatan dan menjauhi kemungkaran.

Hamba yang faqir lagi haqir -zakiyahpar-

Wednesday, March 18, 2009

Memorandum GMP kepada Yang di-Pertuan Agong

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik sekalian mohon diampun.

Adapun Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) ini telah dilancarkan di Kuala Lumpur pada 31 hari bulan Januari 2009. Alhamdulillah sejak itu sambutannya di seluruh negara sangat memberangsangkan.

MENGAPA KAMI SEKALIAN MEMBANTAH PPSMI

Patik sekalian membantah PPSMI dan meminta kerajaan memansuhkannya atas beberapa sebab utama seperti yang kami jelaskan berikut:

1. Dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu (iaitu Bahasa Kebangsaan Malaysia) di sekolah kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak Kemerdekaan berdasarkan Ordinan Pelajaran 1957, kemudian Akta Pelajaran 1961 dan seterusnya Akta Pendidikan 1996, telah mencapai kejayaan yang luar biasa dan tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah yang besar dan serius.

Banyak pelajar kita, beratus ribu banyaknya, malah lebih 3 juta (dari tahun 1957 hingga tahun 2003) telah berjaya mempelajari ilmu sains dan matematik dalam bahasa mereka sendiri dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi.

Semua orang tahu akan kejayaan dasar yang asal itu dan banyak bukti tentang kejayaan itu dapat kami tunjukkan tetapi kami tidaklah berhasrat untuk membebankan pembaca dengan datanya yang agak banyak dan panjang.

2. Tidakkah orang yang membuat keputusan yang tidak munasabah itu sedar bahawa hasil daripada dasar pelajaran kebangsaan yang menetapkan bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan Malaysia) sebagai bahasa pengantar utama, ratusan ribu pelajar kita (seperti yang tersebut di atas) pandai sains dan matematik dalam bahasa sendiri, dan ribuan daripada mereka berjaya menjadi profesor yang mengajar sains dan matematik di peringkat pengajian tinggi dalam bahasa sendiri, menjadi ahli sains, jurutera, pakar-pakar perubatan, pandai berbincang, mengarang buku sains, menerbitkan hasil-hasil kajian saintifik dalam bahasa sendiri, iaitu bahasa Melayu, di samping bahasa Inggeris (kalau perlu)?

Tidakkah mereka tahu bahawa sebelum tahun 2003 jumlah tesis Sarjana Sains (M. Sc.) dalam bidang sains dan matematik yang ditulis dalam bahasa Melayu berjumlah lebih 2,000 (dua ribu buah) manakala tesis Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang tersebut yang ditulis dalam bahasa Melayu berjumlah lebih kurang 400 buah?

3. Maka kami berasa amat hairan dan terperanjat mengapa dasar yang sudah baik dan berjaya itu, dasar yang tidak menimbulkan apa-apa masalah yang besar dan serius itu, tiba-tiba dimusnahkan dan digantikan dengan PPSMI?

4. Keputusan PPSMI yang dibuat dalam tahun 2003 itu dibuat dengan mengejut tanpa apa-apa perbincangan, tanpa apa-apa perundingan dengan pakar-pakar pendidikan dan bahasa, tanpa memikirkan baik buruknya terhadap bahasa Melayu dan terhadap pelajar dan guru yang telah cukup biasa mengajar dan belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan (atau dalam bahasa ibunda di Sekolah Jenis-Kebangsaan Cina dan Tamil) selama lebih 37 tahun!

Tiba-tiba anak-anak kita yang tidak mengetahui bahasa Inggeris sepatah pun, kebanyakannya dari kawasan luar bandar, dipaksa belajar sains dan matematik dalam bahasa yang mereka tidak tahu itu. Beberapa orang ahli bahasa di Barat menganggap bahawa ini adalah contoh dasar English linguistic imperialism atau dasar penjajahan bahasa Inggeris yang berlaku di beberapa banyak negara bekas jajahan British, menyebabkan kebanyakan bangsa peribumi atau negara itu tidak maju sains dan teknologi.

5. Antara sebab yang dikemukakan oleh pihak yang cuba mempertahankan PPSMI ialah: Kalau orang Melayu atau pelajar Melayu mahu pandai dan maju dalam bidang sains dan matematik mereka hendaklah mempelajarinya dalam bahasa Inggeris, tidak dalam bahasa sendiri, yakni bahasa Melayu. Mengapakah setelah lebih 37 tahun pendapat yang salah dan karut ini digunakan untuk mengubah dasar asal dan menggantikannya dengan dasar PPSMI? Tidak ada bukti ilmu dan empiris yang kukuh untuk mempertahankan alasan itu.

Hampir semua bangsa dan negara yang maju sains dan teknologi mengajar sains di sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi dalam bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda mereka masing-masing. Sekadar menyebut beberapa contoh, Negara China, Jepun, Korea, Vietnam, Thailand, Indonesia, semua negara Eropah (termasuk Britain), Rusia dan negara-negara Skandinavia tidak mengajar sains dan teknologi dalam bahasa asing.

6. Kebanyakan negara Afrika yang menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Perancis sebagai bahasa rasmi dan bahasa pendidikan, baik di peringkat menengah dan peringkat tinggi, mahupun di peringkat sekolah rendah, tidak maju sains dan teknologi. Negara Brunei Darussalam tidak menggunakan bahasa Melayu untuk mengajar sains dan matematik di sekolah menengah dan di universiti dan kita tahu negara itu tidak maju sains dan teknologi, yakni negara itu tidak sama taraf kemajuan sains dan teknologinya dengan negara seperti Jepun, Korea dan negara China atau Taiwan.

Korea Utara adalah negara kuasa nuklear. Negara itu tidak mengajar sains dalam bahasa Inggeris. Begitu juga, di Filipina, negara berbahasa Inggeris yang terbesar di Asia atau Asean, tidak menggunakan bahasa Filipina untuk mengajar sains dan matematik di sekolah menengah dan di peringkat pengajian tinggi, dan kita tahun negara itu tidak merupakan negara maju sains dan teknologi.

Kebanyakan eksport Filipina, menurut seorang ahli ekonomi Filipina, ialah pembantu rumah dan pekerja biasa; kelebihan mereka ialah, mereka boleh bertutur dalam bahasa Inggeris di peringkat rendah.

7. Beberapa banyak kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar pendidikan dan bahasa di seluruh dunia membuat kesimpulan bahawa manusia, mulai peringkat kanak-kanak, lebih mampu berfikir secara kreatif dan dapat memahami konsep-konsep ilmu dengan lebih mudah dan cepat dalam bahasanya sendiri.

Hal ini dapat kita lihat berdasarkan hakikat bahawa semua karya besar di dunia, baik dalam bidang sains mahupun sastera, dihasilkan dalam bahasa ibunda atau bahasa asal atau bahasa kebangsaan pengarang itu.

Kebanyakan pemenang Hadiah Nobel tidak datangnya dari golongan berbahasa Inggeris. Yang terbaharu, Hadiah Nobel Fizik tahun 2008 ialah 3 orang ahli sains Jepun yang menghasilkan kajian dan karya mereka dalam bahasa Jepun.

Kajian di Amerika Syarikat, Kanada dan beberapa buah negara di Eropah dan Afrika dan Hong Kong menunjukkan bahawa pelajar sains dan matematik dalam bahasa bukan ibunda merosot prestasi mereka dan tidak pula meningkatkan penguasaan atau kemahiran bahasa asing mereka. Pertandingan antarabangsa sains dan matematik yang diadakan tiap-tiap tahun untuk pelajar sekolah dimenangi oleh pelajar yang belajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda masing, tidak dalam bahasa asing.

8. Setelah enam tahun berjalan, PPSMI masih tidak berkesan dan banyak menimbulkan masalah yang kebanyakannya tidak didedahkan kepada umum. Pengumuman Keputusan UPSR Tahun 2008 menunjukkan hanya 31.1% (159,234) murid sahaja daripada 511,875 murid Tahun 6 yang menjawab Kertas Sains dalam bahasa Inggeris. Ini bererti sebanyak 68.9% (352,641) murid tidak menjawab dalam bahasa Inggeris. Ini bukti kegagalan mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, walaupun dipaksakan kepada pelajar itu.

9. Dalam mata pelajaran matematik pula, 46.6% (238,153) murid daripada 511,499 jumlah murid yang menduduki peperiksaan Matematik UPSR menjawab dalam bahasa Inggeris. Ini bererti 53.4% atau seramai 273,346 murid menjawab dalam BM atau BM/BI. Ini juga bukti kegagalan pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris kepada pelajar berbahasa Melayu.

10. Kedua-dua angka yang tersebut pada para 8 dan 9 di atas menunjukkan peratus pelajar atau seramai 352, 641 pelajar tidak faham bahasa Inggeris untuk menjawab soalan dalam bahasa ini, dan seramai 273, 346 murid tidak memahami matematik yang diajarkan dalam bahasa Inggeris. [Catatan: ini tidak bererti bahawa pelajar itu tidak mempunyai "otak" atau minat untuk belajar atau memahami sains atau matematik; puncanya ialah, mereka tidak memahami soalan yang dibuat dalam bahasa Inggeris, samalah seperti kita cuba mengajar sains dan matematik kepada pelajar Inggeris di England dalam bahasa Melayu atau bahasa Jepun dan bahasa-bahasa lain yang mereka tidak faham satu patah pun].

HASIL KAJIAN

11. Hasil kajian sebenar dan bebas yang dilakukan oleh pasukan penyelidik seramai 50 orang pensyarah dari 7 buah Universiti (UPM, UiTM, UPSI, USM, UUM, UMS dan UTM) dengan selain Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) di 70 buah sekolah menengah (pelajar Tingkatan 4) dan 90 buah Sekolah rendah di seluruh negara (murid darjah 5) membuat kesimpulan bahawa PPSMI telah gagal memberikan manfaat kepada pelajar, khususnya pelajar-pelajar Melayu di sekolah kebangsaan luar bandar.

Di beberapa buah negeri, misalnya Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak, peratusan pelajar yang gagal (markah D & E) melebihi 50%. Prestasi SPM 2007 jelas menunjukkan bahawa bilangan pelajar Melayu yang cemerlang dari Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains MARA (MPRSM) juga menunjukkan kemerosotan yang merudum, terutama dalam mata pelajaran Kimia dan Matematik.

12. Dua kajian lain telah dilakukan, iaitu (a) kajian yang dibuat oleh Profesor Emeritus Dato� Isahak Haron dari UPSI Januari 2008), terhadap 1703 murid tahun 5 di 28 buah Sekolah rendah dan terhadap 1692 guru, dan (b) kajian yang dibuat oleh Profesor Datin Dr. Juriah Long (dari UKM) ke atas pelajar Tingkatan 2 di 242 buah Sekolah Menengah di seluruh negara yang meliputi 7,236 pelajar (2004) dan 707 guru matematik dan 701 guru Sains. Hasil dapatan kedua-dua kajian ini hampir sama dengan kajian yang dibuat oleh PEMBINA.

APAKAH UKURAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGABSAHKAN PPSMI?

13. Perkara yang sangat merunsingkan kami ialah, dalam percubaannya untuk mempertahankan PPSMI dan membuktikan bahawa dasar PPSMI itu 'sudah berjaya' atau 'akan berjaya', para pegawai di Kementerian Pelajaran cuba menurunkan markah lulus mata pelajaran sains dan matematik sehinggakan murid yang mendapat markah 30% dianggap sudah boleh lulus (yakni mendapat markah B dan C).

Kalau cara yang 'mengelat' ini digunakan untuk mengatakan bahawa jumlah pelajar yang lulus dalam sains dan matematik dalam bahasa Inggeris semakin meningkat alamatlah mutu pelajaran pelajar kita dalam bidang ini akan menurun, tidak tinggi. Sebelum tahun 2003 semasa sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Melayu mutu pelajaran dalam mata pelajaran ini tidak direndahkan atau dengan kata lain, markah lulusnya tidak diturunkan.

GMP TIDAK FANATIK BM DAN TIDAK ANTI BAHASA INGGERIS

14. Kami tidak didorong oleh apa-apa emosi atau fikiran yang tidak rasional atau oleh perasaan anti-bahasa Inggeris. GMP juga bukan 'gila bahasa Melayu'. Kami cuma mahu mempertahankan dasar yang betul dan baik dan menolak dasar yang salah. Dasar yang salah, yang boleh memudaratkan bangsa kita, harus ditolak. Dasar yang baik harus disokong.

Pendapat yang mengatakan bahawa bangsa yang tidak menuntut ilmu sains dalam bahasa Inggeris, bangsa itu tidak akan maju dalam bidang sains adalah pendapat yang sama sekali tidak benar. Kita tidak perlu membuang masa membuat kajian yang panjang lebar untuk membuktikan bahawa pandangan itu sama sekali salah.

15. Hal yang sangat menghairankan kami dan orang yang berilmu di mana-mana sahaja ialah, 'pendapat' atau 'teori' yang mengatakan bahawa pelajar kita boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik melalui pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kalau pendapat ini benar, tidak perlulah pelajar kita belajar bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran tersendiri. Tidak pernah kita mendengar orang belajar bahasa asing melalui pelajaran sains dan matematik dalam bahasa itu.

Bahasa Inggeris seharusnya diajarkan melalui pelajaran bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang tersendiri (mengajar nahu, membaca sastera dalam bahasa Inggeris, dan sebagainya), tidak melalui pelajaran sains dan matematik. Kajian yang disebut para perenggan 7 di atas mengesahkan perkara ini.

16. GMP telah menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan serius untuk membaiki pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau bahasa asing (foreign language) di sekolah kebangsaan untuk memastikan pelajar kita dapat menguasai bahasa ini dengan baik setelah mempelajarinya selama sebelas tahun dari Darjah I hingga Tingkatan V.

Selama ini kebanyakan pelajar kita, terutama di Sekolah Kebangsaan di luar bandar, tidak fasih berbahasa Inggeris walaupun bahasa ini telah diajarkan kepada mereka selama 11 tahun. Masalah inilah yang sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan, bukan mengubah dasar yang sudah baik dan berjaya, lalu menimbulkan masalah yang tidak patut timbul.

17. Terakhir, bangsa Melayu hendaklah sedar bahawa bahasa Melayu adalah salah satu bahasa yang terbesar di dunia, diketahui oleh lebih 280 juta manusia di seluruh dunia, khususnya di kawasan induknya, iaitu kawasan Melayu-Indonesia.

Akhir kalam, patik sekalian, dengan penuh takzim, dengan harapan yang tinggi, memohon kepada Ke Bawah Duli Tuanku, Raja Yang Berdaulat dan Ketua Perlembagaan Negara Malaysia, sudi apalah kiranya Duli Tuanku berkenan menerima Warkah Memorandum ini.

Atas limpah berkenan Ke Bawah Duli Tuanku menerima perutusan patik sekalian menghadap Tuanku untuk mempersembahkan Memorandum ini ke bawah Duli Tuanku, patik sekalian menjunjung kasih yang tidak terhingga, dan berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Duli Tuanku Dilimpahi rahmat dan hidayah sebagai Ketua kepada Perlembagaan Negara Malaysia.

Sekianlah patik sekalian persembahkan. Wa billahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Patik sekalian yang berdatang sembah.

Dipetik dari www.harakahdaily.net

Asal Usul Mazhab Wahabi... Untuk pengetahuan bersama.

Asal-Usul Mazhab Wahhabi

Mazhab Wahhabi sering menimbulkan kontroversi berhubung dengan asal-usul dan kemunculannya dalam dunia Islam. Umat Islam umumnya keliru dengan mereka kerena mereka mendakwa mazhab mereka menuruti pemikiran Ahmad ibn Hanbal dan alirannya, al-Hanbaliyyah atau al-Hanabilah yang merupakan salah sebuah mazhab dalam Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah.

Nama Wahhabi atau al-Wahhabiyyah kelihatan dihubungkan dengan nama `Abd al-Wahhab yaitu bapak dan pengasasnya, al-Syaikh Muhammad bin `Abd al-Wahhab al-Najdi. Ia tidak dinamakan al-Muhammadiyyah yang mungkin boleh dikaitkan dengan nama Muhammad bin `Abd al-Wahhab bertujuan untuk menggalakkan persamaan di antara para pengikut Nabi Muhammad (s.`a.w) dengan mereka, dan juga bertujuan untuk menghalang berbagai bentuk eksploitasi (istighlal).[1][2] Bagaimanapun, nama Wahhabi dikatakan ditolak oleh para penganut Wahhabi sendiri dan mereka menggelarkan diri mereka sebagai golongan al-Muwahhidun[2][3] (unitarians) kerana mereka mendakwa ingin mengembalikan ajaran-ajaran tawhid ke dalam Islam dan kehidupan murni menurut sunnah Rasulullah.

Mazhab Wahhabi pada zaman moden ini tidak lain dan tidak bukan, adalah golongan al-Hasyawiyyah kerana kepercayaan-kepercayaan dan pendapat-pendapat mereka seratus persen sama dengan golongan yang dikenali sebagai al-Hasyawiyyah pada abad pertama.

Istilah al-Hasyawiyyah adalah berasal dari kata dasar al-Hasyw iaitu penyisipan, pemasangan dan pemasukan. Nama ini diberikan kepada orang-orang yang menerima dan mempercayai semua hadits yang dibawa masuk ke dalam Islam oleh orang-orang munafiq. Mereka mempercayai semua hadits yang dikaitkan kepada Nabi (s.`a.w) dan para sahabat berdasarkan pengertian dari segi bahasa semata tanpa penilaian semula. Bahkan sekiranya suatu “ hadits “ itu dipalsukan (tetapi orang yang memalsukannya memasukkan suatu rangkaian perawi yang baik kepadanya), mereka tetap menerimanya tanpa mempedulikan sama sekali apakah ada teks hadits itu sejalan dan selaras dengan al-Qur’an, ataupun hadits yang diakui sahih atau sebaliknya.

Ahmad bin Yahya al-Yamani (m.840H/1437M) mencatatkan bahawa: “ Nama al-Hasyawiyyah digunakan terhadap orang-orang yang meriwayatkan hadits-hadits sisipan yang sengaja dimasukkan oleh golongan al-Zanadiqah sebagai sabda Nabi dan mereka menerimanya tanpa adanya interpretasi terdahulu, dan mereka juga menggelarkan diri mereka Ashab al-Hadits dan Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah… Mereka bersepakat mempercayai konsep pemaksaan (Allah berhubung dengan perbuatan manusia) dan tasybih (bahawa Allah seperti makhluk-Nya) dan mempercayai bahawa Allah mempunyai jasad dan bentuk serta mengatakan bahawa Allah mempunyai anggota tubuh … “[3][4]

Al-Syahrastani (467-548H/1074-1153M) menuliskan bahawa: “ Terdapat sebuah kumpulan Ashab al-Hadith, iaitu al-Hasyawiyyah dengan jelas mengisytiharkan kepercayaan mereka tentang tasybih (iaitu Allah seumpama makhluk-Nya) … sehinggakan mereka sanggup mengatakan bahawa pada suatu ketika, kedua-dua mata Allah kesedihan, lalu para malaikat datang menemui-Nya dan Dia (Allah) menangisi (kesedihan) dengan banjir Nabi Nuh (`a.s) sehingga mata-Nya menjadi merah, dan `Arasy meratap iba seperti suara pelana baru dan Dia melampaui `Arasy dalam keadaan melebihi empat jari di setiap penjuru.”[4][5]

Definisi dan gambaran ini secara langsung menepati golongan Wahhabi yang menamakan diri mereka sebagai Ashab al-Hadits atau Ahl al-Hadits dan kerapkali juga sebagai Sunni, dan pada masa kini mereka memperkenalkan diri mereka sebagai Ansar al-Sunnah ataupun Ittiba` al-Sunnah.

Latar belakang Pengasas Mazhab Wahhabi

Muhammad bin `Abd al-Wahhab dilahirkan di perkampungan `Uyainah, salah satu kampung di Najd di bagian selatan pada tahun 1115H/1703M. Bapaknya, `Abd al-Wahhab merupakan seorang Qadhi. Muhammad dikatakan pernah mempelajari bidang fiqh al-Hanbali dengan bapaknya, yang juga adalah salah seorang tokoh ulama al-Hanabilah. Semenjak kecil, dia mempunyai hubungan yang erat dengan pengkajian dan pembelajaran kitab-kitab tafsir, hadits dan akidah.

Pada masa remajanya, Muhammad selalu merendahkan dan mengabaikan syiar agama yang biasanya dipegang oleh penduduk Najd, bukan saja di Najd bahkan hingga ke Madinah selepas dia kembali dari menunaikan haji. Dia sering mengadakan perubahan dalam pendapat dan pemikiran di dalam majlis-majlis agama, dan dia tidak suka kepada orang yang bertawassul kepada Nabi (s.`a.w) di tempat kelahiran (marqad) baginda yang suci itu.

Kehidupannya selama beberapa tahun dihabiskan dengan mengembara dan berdagang di kota-kota Basrah, Baghdad, Iran, India dan Damaskus. Di Damaskus, dia telah menemui kitab-kitab karangan Ibn Taimiyyah al-Harrani (m.728H/1328M) yang mengandungi ajaran-ajaran yang berunsur kontroversi berbanding dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah.

Dia kembali ke Najd dan kemudian pindah ke Basrah. Dalam perjalanannya ke Syam, di Basrah dia mampu memenuhi matlamatnya mencegah banyak orang dari melakukan syiar agama mereka dan menghalang mereka dari perbuatan tersebut. Justeru itu penduduk Basrah bangkit menentangnya, dan menyingkirkannya dari perkampungan mereka. Akhirnya dia melarikan diri ke kota al-Zabir.

Dalam perjalanan di antara Basrah dan al-Zabir, akibat terlalu letih berjalan kerena kepanasan sehingga hampir-hampir menemui ajalnya, seorang lelaki (dari kota al-Zabir) telah menemuinya lalu membantunya ketika melihatnya berpakaian seperti seorang alim. Dia diberikan minuman dan dibawa balik ke kota tersebut. Muhammad bin `Abd al-Wahhab berniat untuk ke Syam tetapi dia tidak mempunyai harta dan bekalan yang mencukupi, lalu bermusafir ke al-Ahsa’ dan dari situ, terus ke Huraymilah (dalam kawasan Najd) juga.

Pada tahun 1139H/1726M, bapaknya pindah dari `Uyainah ke Huraymilah dan dia ikut serta dengan bapaknya dan belajar dengannya tetapi masih meneruskan tentangannya yang kuat terhadap amalan-amalan agama di Najd, yang menyebabkan terjadinya pertentangan dan perselisihan yang berkecamuk di antaranya dan bapaknya di satu pihak dan, di antaranya dengan penduduk-penduduk Najd di pihak yang lain. Keadaan tersebut terus berlanjut hingga tahun 1153H/1740M apabila bapaknya meninggal dunia.[5][6] Sejak dari itu, Muhammad tidak lagi terikat. Dia telah mengemukakan akidah-akidahnya yang sesat, menolak dan menepikan amalan-amalan agama yang dilakukan serta menyeru mereka menyertai kumpulannya.
Sebagian tertipu dan sebagian lagi meninggalkannya hingga dia mengisytiharkan kekuasaannya di Madinah.

Muhammad kembali ke `Uyainah yang pada saat itu diperintah oleh `Utsman bin Hamad kemudian menerima dan memuliakannya hingga berlakulah ketetapan di antara mereka berdua bahawa setiap orang hendaklah mempertahankan yang lain dengan orang memegang kekuasaan dalam perundangan Islam (al-tasyri`) dan seorang lagi dalam pemerintahan. Pemerintah `Uyainah mendukung Muhammad dengan kekuatannya dan Muhammad bin `Abd al-Wahhab pula menyeru manusia mentaati pemerintah dan para pengikutnya.

Berita telah sampai kepada pemerintah al-Ahsa’ bahawa Muhammad bin `Abd al-Wahhab mendakwahkan pendapat dan bid`ahnya, manakala pemerintah `Uyainah pula mendukungnya. Beliau telah memerintahkan supaya suatu risalah peringatan dan ancaman diantar kepada pemerintah `Uyainah. Pemerintah `Uyainah telah memanggil Muhammad dan memberitahunya bahawa dia enggan membantunya. Ibn `Abd al-Wahhab berkata kepadanya: “ Sekiranya engkau membantuku dalam dakwah ini, engkau akan menguasai seluruh Najd.” Pemerintah tersebut menyingkirkannya dan memerintahkannya meninggalkan `Uyainah dengan cara mengusirnya pada tahun 1160H/1747M.

Pada tahun itu, Muhammad keluar dari `Uyainah ke Dar`iyyah di Najd yang diperintah oleh Muhammad bin Sa`ud (m.1179H/1765M) yang kemudian menziarahi, memuliakan dan menjanjikan kebaikan kepadanya. Sebagai balasannya, Ibn `Abd al-Wahhab memberikan kabar gembira kepadanya dengan jaminan penguasaan Najd keseluruhannya. Dengan cara itu, suatu ketetapan dimateraikan.[6][7] Penduduk Dar`iyyah mendukungnya hingga akhirnya Muhammad ibn `Abd al-Wahhab dan Muhammad bin Sa`ud memeterai perjanjian atau memorandum kesepakatan antar keduanya (`aqd al-Ittifaqiyyah).

Ibn Basyr al-Najdi yang dipetik oleh al-Alusi mengatakan: “ Penduduk Dar`iyyah pada masa itu dalam keadaan sangat menderita dan kesusahan, mereka lalu berusaha untuk memenuhi kehidupan mereka … Aku lihat kesempitan hidup mereka pada saat pertama tetapi kemudian aku lihat al-Dar`iyyah setelah itu - pada zaman Sa`ud, penduduknya memiliki harta yang banyak dan senjata dibaluti emas, perak, kuda yang baik, para bangsawan, pakaian mewah dan lain-lain apalagi sumber-sumber kekayaan sehingga lidah kelu untuk berkata-kata dan gambaran secara terperinci tidak mampu diuraikan.”

“ Aku lihat tempat orang ramai pada hari itu, di tempat dikenali al-Batin - aku lihat kumpulan lelaki di satu pihak dan wanita di pihak lain, aku lihat emas, perak, senjata, unta, kuda, pakaian mewah dan semua makanan tidak mungkin dapat digambarkan dan tempat itu pula sejauh mata memandang, aku dengar hiruk-pikuk suara-suara penjual dan pembeli … “[7][8]

Harta yang banyak itu tidak diketahui dari mana datangnya, dan Ibn Basyr al-Najdi sendiri tidak memberikan sumber harta kekayaan yang banyak itu tetapi berdasarkan fakta-fakta sejarah, Ibn `Abd al-Wahhab memperolehinya dari serangan dan serbuan yang dilakukannya bersama-sama para pengikutnya terhadap kabilah-kabilah dan kota-kota yang kemudian meninggalkannya untuknya. Ibn `Abd al-Wahhab merampas harta kekayaan itu dan membagi-bagikannya kepada penduduk Dar`iyyah.

Ibn `Abd al-Wahhab mengikuti kaedah khusus dalam pembahagian harta rampasan dari umat Islam yang meninggalkannya. Ada kalanya, dia membagikannya kepada 2 atau 3 orang pengikutnya. Amir Najd menerima bagiannya dari ghanimah itu dengan persetujuan Muhammad bin `Abd al-Wahhab sendiri. Ibn `Abd al-Wahhab melakukan mu`amalah yang buruk dengan umat Islam yang tidak tunduk kepada hawa nafsu dan pendapatnya seperti mu`amalah terhadap kafir harbi dan dia menghalalkan harta mereka.

Ringkasnya, Muhammad ibn `Abd al-Wahhab kelihatan menyeru kepada agama Tawhid tetapi tawhid sesat ciptaannya sendiri, dan bukannya tawhid menurut perintah al-Qur’an dan al-Hadits. barangiapa yang tunduk (kepada tawhidnya) akan terpelihara diri dan hartanya dan barangsiapa yang enggan maka dianggap kafir harbi (yang perlu diperangi) sama darah dan hartanya.

Di atas alasan inilah, golongan Wahhabi menguasai medan peperangan di Najd dan kawasan-kawasan di luarnya seperti Yaman, Hijaz, sekitar Syria dan `Iraq. Mereka merenggut keuntungan yang berlimpah dari kota-kota yang mereka kuasai mengikut kemauan dan kehendak mereka, dan jika mereka boleh menghimpunkan kawasan-kawasan itu ke dalam kekuasaan dan kehendak mereka, mereka akan lakukan semua itu, tetapi jika sebaliknya mereka hanya memadai dengan merampas harta kekayaan saja.[8][9]

Muhammad memerintahkan orang-orang yang cenderung mengikuti dakwahnya supaya memberikan bai`ah dan orang-orang yang enggan wajib dibunuh dan dibagi-bagikan hartanya. Oleh kerana itu, dalam proses membuang dan mengasingkan penduduk kampung di sekitar al-Ahsa’ untuk mendapatkan bai`ah itu, mereka telah menyerang dan membunuh 300 orang dan merampas harta -harta mereka.[9][10]

Akhirnya Muhammad meninggal dunia pada tahun 1206H/1791M tetapi para pengikutnya telah meneruskan mazhabnya dan menghidupkan bid`ah dan kesesatannya kembali. Pada tahun 1216H/1801M, al-Amir Sa`ud al-Wahhabi mempersiapkan tentara yang besar terdiri dari 20 000 orang dan melakukan serangan ganas ke kota suci Karbala’ di `Iraq. Karbala merupakan sebuah kota suci dihiasi dengan kemasyhuran dan ketenangan di hati umat Islam. Pelbagai bangsa berhasrat untuk ke sana diantara mereka ada berbangsa Iran, Turki, Arab dan sebagainya. Tentara Wahhabi mengepung dan memasuki kota itu dengan melakukan pembunuhan, rampasan, runtuhan dan kebinasaan. Puak Wahhabi telah melakukan keganasan dan kekejaman di kota Karbala’ dengan jinayah yang tidak mengenal batas perikemanusiaan dan tidak mungkin dapat dibayangkan. Mereka telah membunuh 5000 orang Islam atau bahkan lebih, sehingga disebutkan sebanyak 20 000 orang.

Apabila al-Amir Sa`ud menyudahi perbuatan keji dan kejamnya di sana, dia merampas khazanah harem al-Imam al-Husayn bin `Ali (`a.s) yang banyak dengan harta, perhiasan dan hadiah yang dikurniakan oleh raja, pemerintah dan lain-lain kepada maqam suci ini. Selepas melakukan keganasan yang cukup menjijikkan ini, dia kemudian menakluki Karbala’ untuk dirinya sehingga para penyair menyusun qasidah-qasidah penuh dengan rintihan, keluhan dan dukacita mereka.[10][11]

Puak Wahhabi mengambil masa selama 12 tahun membuat serangan ke atas kota Karbala’ dan kawasan sekitarnya, termasuk Najaf. Mereka kembali sebagai perampas, penyamun dan pencuri dengan memulainya pada tahun 1216H/1801M. Para penulis Syi`ah bersepakat bahawa serangan dan serbuan itu berlaku pada hari `Ied al-Ghadir dalam memperingati ketetapan Nabi (s.`a.w) mengenai pelantikan al-Imam `Ali bin Abi Talib sebagai khalifah selepas baginda.[11][12]

Al-`Allamah al-Marhum al-Sayyid Muhammad Jawwad al-`Amili mengatakan:[12][13]

“ Allah telah menentukan dan menetapkan dengan kebesaran dan keihsanan-Nya dan juga dengan berkat Muhammad dan baginda (s.`a.w), untuk melengkapkan juzuk ini daripada kitab Miftah al-Karamah, selepas tengah malam yang ke-9, bulan Ramadan al-mubarak tahun 1225H/1810M - menurut catatan penyusunnya …” dengan kekacauan fikiran dan kegaluan keadaan, orang-orang `Arab dikelilingi oleh orang-orang dari `Unaizah yang mengucapkan kata-kata puak al-Wahhabi al-Khariji di al-Najaf al-Asyraf dan masyhad al-Imam al-Husayn (`a.s) - mereka telah memintas jalan dan merampas hak milik para penziarah al-Husayn (`a.s) setelah mereka kembali dari ziarah itu pada pertengahan bulan Sya`ban. Mereka membunuh sebagian besar daripadanya, terdiri dari orang-orang `Ajam, diperkirakan 150 orang ataupun kurang …”

Jelaslah, bahawa tawhid yang diserukan oleh Muhammad bin `Abd al-Wahhab dan jamaahnya adalah dengan mengharuskan darah dan harta orang yang mengingkari dakwah mereka, juga menerima kata-kata atau akidah-akidah mereka bahawa Allah berjisim, mempunyai anggota tubuh badan dan sebagainya.

Al-Alusi dalam penjelasannya tentang Wahhabi mengatakan: “ Mereka menerima hadits-hadits yang datang dari Rasulullah (s.`a.w) bahawa Allah turun ke langit dunia dan berkata: Adakah orang-orang yang ingin memohon keampunan?”[13][14] Sehingga dia mengatakan: “ Mereka mengakui bahawa Allah ta`ala datang pada hari Qiyamat sebagaimana kata-Nya: “ dan pada hari itu diperlihatkan neraka Jahannam, dan pada hari itu ingatlah manusia akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya “ (al-Fajr (89): 23) dan sesungguhnya Allah menghampiri makhluk-Nya menurut kehendak-Nya seperti yang disebutkan: “ dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya “ (Qaf (50): 16).

Dapat dilihat dalam kitab al-Radd `ala al-Akhna’i oleh Ibn Taimiyyah bahawa dia menganggap hadits-hadits yang diriwayatkan tentang kelebihan ziarah Rasulullah (s.`a.w) sebagai hadits mawdu` (palsu). Dia juga turut menjelaskan “ orang yang berpegang kepada akidah bahawa Nabi masih hidup walaupun sesudah mati seperti kehidupannya semasa baginda masih hidup,” dia telah melakukan dosa yang besar. Ini juga yang diiktiqadkan oleh Muhammad bin `Abd al-Wahhab dan para pengikutnya, bahkan mereka menambahkan pemalsuan dan kebatilan Ibn Taimiyyah tersebut.

Para pengikut akidah Wahhabi yang batil memberikan tanggapan kepada para pengkaji yang melakukan penyelidikan mengenai Islam - menerusi perhatian dan penelitian kepada kitab-kitab mereka dan mengenali Islam menelusuri bahan-bahan cetakan mereka sendiri - hingga menyebabkan mereka beranggapan bahawa Islam adalah agama yang kaku, beku, terbatas dan tidak dapat berlaku dan sesuai pada setiap masa dan zaman.

Lothrop Stodard berbangsa Amerika mengatakan: “ Kesan dari itu, kritikan-kritikan telah timbul karena puak Wahhabi berpegang kepada dalil tersebut dalam perkataan mereka hingga dikatakan bahawa Islam dari segi jawhar dan tabiatnya tidak mampu lagi berhadapan dengan perubahan menurut kehendak dan tuntutan zaman, tidak dapat berjalan seiringan dengan keadaan kemajuan dan proses perubahan serta tidak lagi mempunyai kesatuan dalam perkembangan kemajuan zaman dan perubahan masa …”[14][15]

Penentangan Terhadap Mazhab Wahhabi

Para ulama al-Hanbali memberontak terhadap Muhammad bin `Abd al-Wahhab dan mengeluarkan hukum bahawa akidahnya adalah sesat, menyeleweng dan batil awalnya. Tokoh pertama yang mengisytiharkan penentangan terhadapnya adalah bapaknya sendiri, al-Syaikh `Abd al-Wahhab, diikuti oleh saudaranya, al-Syaikh Sulayman. Kedua-duanya adalah dari mazhab al-Hanabilah. Al-Syaikh Sulayman menulis kitab yang berjudul al-Sawa`iq al-Ilahiyyah fi al-Radd `ala al-Wahhabiyyah untuk menentang dan menghantamnya. Di samping itu tentangan juga datang kepadanya dari sepupunya, `Abdullah bin Husayn.

Mufti Makkah, Zaini Dahlan mengatakan: “ `Abd al-Wahhab, bapak dari al-Syaikh Muhammad adalah seorang yang saleh dan seorang tokoh ahli ilmu, begitu juga dengan al-Syaikh Sulayman. Al-Syaikh `Abd al-Wahhab dan al-Syaikh Sulayman, kedua-duanya dari awalnya yaitu ketika Muhammad mengikuti pengajarannya di Madinah al-Munawwarah telah mengetahui pendapat dan pemikiran Muhammad yang meragukan. Keduanya telah mengkritik dan mencela pendapatnya dan mereka berdua turut memperingatkan orang-orang mengenai bahayanya pemikiran Muhammad…”[15][16]

Dalam keterangan Zaini Dahlan yang lain dikatakan bahawa “ bapaknya `Abd al-Wahhab, saudaranya Sulayman dan guru-gurunya telah dapat mengesani tanda-tanda penyelewengan agama (ilhad) dalam dirinya yang didasarkan kepada perkataan, perbuatan dan tentangan Muhammad terhadap banyak persoalan agama.”[16][17]

`Abbas Mahmud al-`Aqqad al-Masri mengatakan: “ Orang yang paling kuat menentang al-Syaikh dalam persoalan ini adalah saudaranya, al-Syaikh Sulayman, penulis kitab al-Sawa`iq al-Ilahiyyah. Beliau tidak mengakui saudaranya itu mencapai kedudukan berijtihad dan berkemampuan memahami al-Kitab dan al-Sunnah. Al-Syaikh Sulayman berpendapat bahawa para Imam yang lalu, generasi demi generasi tidak pernah mengkafirkan ashab bid`ah, dalam hal ini tidak pernah timbul persoalan kufur sehingga timbulnya ketetapan mewajibkan mereka memisahkan diri daripadanya dan sehingga diharuskan pula memeranginya kerana alasan tersebut.”

Al-Syaikh Sulayman berkata lagi bahawa: “ Sesungguhnya perkara-perkara itu berlaku sebelum zaman al-Imam Ahmad bin Hanbal iaitu pada zaman para Imam Islam, dia mengingkarinya manakala ada di antara mereka pula mengingkarinya, keadaan itu berlanjut hingga dunia Islam meluas. Semua perbuatan itu dilakukan orang-orang yang kamu kafirkan mereka kerananya, dan tiada seorang pun dari para Imam Islam yang menceritakan bahawa mereka mengkafirkan (seseorang) dengan sebab-sebab tersebut. Mereka tidak pernah mengatakan seseorang itu murtad, dan mereka juga tidak pernah menyuruh berjihad menentangnya. Mereka tidak menamakan negara-negara orang Islam sebagai negara syirik dan perang sebagaimana yang kamu katakan, bahkan kamu sanggup mengkafirkan orang yang tidak kafir kerana alasan-alasan ini meskipun kamu sendiri tidak melakukannya…”


Maklumat ini diambil dari laman web www.ustazazhar.com

Wednesday, March 11, 2009

10 Wasiat As-Syahid Imam Hasan Al-Banna...

1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suaramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.

Monday, March 9, 2009

Asal-Usul Peristiwa Qunut

بسم الله الرحمن الرحيم
Peristwa Qunut
Dan daripadanya Anas r.a katanya : “Telah datang rombongan kepada Nabi s.a.w suatu rombongan daripada orang-orang Arab Badawi datang menemui Nabi s.a.w. (Rombongan ini merupakan rombongan daripada ahli Najd, iaitu penduduk pedalaman semenanjung tanah Arab yang dikenali dengan Riyadh). Mereka terdiri daripada orang-orang Badawi. Mereka diketuai oleh Abu Ubara’ datang kepada Nabi s.a.w dan berkata hantarkan bersama kami beberapa orang yang boleh mengajar kami akan Al-Quran dan Sunnah. Lalu Nabi s.a.w menghantar kepada mereka seramai 70 orang lelaki dalam kalangan Ansar dikenali dengan ahli Qurra’ iaitu mereka yang membaca dan mengaji Al-Quran. Dalam kalangan mereka, bapa saudara aku (bapa saudara Anas r.a, adik beradik kepada ibunya) Haram Bin Milham yang mana mereka ini membaca Al-Quran, mempelajari di waktu malam dan mengajinya dan adalah mereka itu di waktu siang datang mengangkut air dan mereka meletakkan air itu di masjid dan mereka mencari kayu api dan mereka menjualnya dan membeli dengannya akan makanan dan diberi kepada ahli Sufah (orang-orang faqir dan tidak ada keluarga yang tinggal di serambi rumah Nabi s.a.w seperti Abu Hurairah) dan orang-orang faqir. Maka Nabi s.a.w menghantar mereka (menghantar golongan Qurra’) yakni kepada orang Badawi. Lalu mereka itu (orang-orang Badawi yang kafir itu) telah melakukan terhadap mereka maka membunuh mereka sebelum mereka sampai ke tempat yang dituju lalu mereka berkata sebelum dibunuh : ”Ya Allah Ya Tuhan kami, sampaikan berkenaan kami kepada Nabi kami sesungguhnya kami telah menemui-Mu dan kami redha kepada-Mu dan Engkau redha kepada kami” dan datang seorang di kalangan musuh kepada Haram (bapa saudara Anas) dari belakangnya lalu menikamnya dengan tombak sehingga menembusinya. Lalu Haram berkata : ”Aku telah berjaya demi Tuhan Kaabah”. Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w : “Sesungguhnya saudara-saudara kamu telah dibunuh dan sesungguhnya mereka telah berdoa : “Wahai Tuhan kami, sampaikan berkenaan kami kepada Nabi kami sesungguhnya kami telah menemui-Mu dan kami redha kepada-Mu dan Engkau redha kepada kami, Wahai Tuhan kami”. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim, dan ini lafaz Muslim)

Huraian hadith :-
Peristiwa ini menceritakan tentang ahli Qurra’ (Qari-Qari Al-Quran dan mereka yang tahu hukum agama) seramai 70 orang daripada kalangan Ansar yang dihantar oleh Nabi s.a.w kepada satu qabilah Arab di Najd. Qabilah Arab ini datang dengan tujuan menipu bukan untuk masuk Islam. Mereka berpura-pura bahawa mereka telah masuk Islam dan berkata wahai Rasulullah, “hantarlah kepada kami guru-guru yang mengajar kami”. Maka Rasulullah menghantar 70 orang ahli Qurra’ ini. Sewaktu di pertengahan jalan sebelum sampai ke destinasi, tiba-tiba mereka telah diserang oleh musuh. Ahli Qurra’ ini telah diperangkap oleh Qabilah Arab Badawi. Qabilah ini bukan mahu memeluk Islam tetapi mahu menipu untuk membunuh sahabat-sahabat radhiyallahu ‘anhum. Mereka yang diperangkap ini terdiri daripada sahabat-sahabat yang mengaji bersama dengan Nabi s.a.w di waktu malam dan di waktu siang hari mereka mencari kayu api dan menjualnya untuk membeli makanan untuk diberikan kepada ahli Sufah (orang-orang faqir dan miskin yang tinggal di serambi rumah Nabi s.a.w). Mereka juga mengangkut air dan diletakkan di masjid untuk dijadikan air wudhu’ oleh mereka yang datang ke masjid. Mereka ini merupakan orang-orang yang baik dan tiba-tiba Allah memilih mereka untuk mati sebagai mati syahid. Sebelum mereka dibunuh oleh musuh-musuh, mereka berdoa kepada Allah Ta’ala dengan doa (antara yang berdoa itu ialah Haram Bin Milhan, bapa saudara Anas r.a) : “Ya Allah Ya Tuhan kami, sampaikan berkenaan kami (berita yang berlaku kepada kami ini) kepada Nabi kami sesungguhnya kami telah menemui-Mu dan kami redha kepada-Mu dan Engkau redha kepada kami”. Ketika mereka sedang berdoa, dating seorang kafir menikam Haram dari belakang sehingga menembusi dadanya dan haram berkata : “Demi Tuhan, aku telah berjaya”. Haram gembira kerana mati syahid. Berita ini kemudiannya dibawa oleh Malaikat Jibril ke madinah dan menyampaikannya kepada Nabi s.a.w. Nabi s.a.w menerima berita ini dengan menangis dan dengan sedih. Salah seorang dari mereka dibawa ke Mekah dan diserahkan kepada golongan Musyrikin Mekah lalu dihiris dengan pisau dan dijadikan upacara oleh Musyrikin Mekah lalu mereka mempersendakan bagaimana kalau kami memberitahu kepada Muhammad kamu diseksa. Kata sahabat itu : “Aku tidak rela Muhammad kena duri, lebih baik aku dibunuh.” Seorang pemimpin kafir yang masuk Islam menceritakan peristiwa ini : “Aku tidak pernah tengok seorang yang kasih kepada orang lain sebagaimana sahabat Muhammad kasih kepada Muhammad s.a.w sehingga rela mati daripada nabi kena duri apatah lagi Nabi dibunuh.” Terkejut. Ketika dihiris, sahabat ini mengatakan bahawa dia telah mencapai kebahagiaan sebagaimana yang telah dijanji oleh Allah Ta’ala dan dijanji oleh Nabi s.a.w yang mana Nabi s.a.w menerima berita ini daripada Malaikat Jibril. Nabi mengarahkan dan mengajak sahabatnya berqunut dan bermula itulah qunut dibaca dalam solat Subuh. Doa Qunut ialah memohon petunjuk dari Allah, dan memohon Allah memberi pertolongan dan member kekuatan dalam menghadapi musuh-musuh Islam. Qunut dibaca bersempena dengan peristiwa sahabat Nabi s.a.w yang dihantar untuk mengajar Al-Quran telah dibunuh oleh orang-orang kafir. Nabi membaca qunut selepas solat dan dalam Mazhab Syafi’e, qunut menjadi sunat ab’ad dalam fardhu Subuh dan solat Witir separuh yang akhir di bulan Ramadhan. Hadith ini menunjukkan bagaimana ketaatan para sahabat radhiyallahu ‘anhum kepada Nabi s.a.w. Mereka sanggup pergi ke tempat yang jauh lagi merbahaya kerana perintah Rasulullah s.a.w sehingga mereka dibunuh oleh musuh-musuh Islam. Mereka juga dianggap sebagai orang-orang yang berjihad. Mereka yang mengajar dan menyampaikan ilmu dikira sebagai berjihad dan mereka yang dibunuh kerana menyampaikan ilmu, mereka juga dianggap syahid di sisi Allah s.w.t. (Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang)

Sunday, March 8, 2009

Melayu Dari Pentakrifan Allahyarham Usman Awang

Melayu – Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahsanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu, Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistan, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah mua'laf bertakrif Melayu
( Setelah disunat anunya itu )

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Mealayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebebaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Mauizah : Adab Tetamu Allah Ketika Ziarahi Masjid Al Haram - YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat

Mauizah : Adab tetamu Allah ketika ziarahi Masjid Al Haram
YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat

Sebelum sesaorang memasuki kota Makkah di sunatkan mandi, semuga bukan saja tubuh badan bersih cuci dengan mandi itu tetapi rohani pun turut suci. Apabila masuk Masjidil Haram serta terpandang Baitullah, ketika itu ucapkanlah kalimah: "Lailaha illallah wallahu Akbar". Kalimah itulah yang ducapkan oleh para nabi terutamanya Nabi Ibrahim a.s.

Kerana kalimah tersebut yang bersifat tauhid: "Tiada tuhan yang menjadi pujaan kecuali Allah dan Allah-lah yang Maha Agung."

Kemudian disambung pula dengan doa masyhur: "Allahhumma Antas Salam waminkas Salam wa Daruka Darus Salam Tabarakta Ya Zal Jalali wal Ikram." Bermaksud: "Wahai Tuhan, Kamulah yang Selamat, dari-Mu terbitnya keselamatan, Negara (kampung halaman) Kamu yang Selamat, Maha Berkat dan Maha Besar Wahai Tuhan yang Memilikki Kemuliaan."

Sebagai tanda sesaorag itu bangga dan gembira menjadi tetamu Tuhan, lantas dia berdoa lagi ketika menatap Baitullah dengan doanya: "Allahumma haza Baituka, 'Azzamtahu wa Karramtahu, wa Syarraftahu. Allahumma fazzidhu Tasyrifan wa Takriman wa Zidhu mahabatan wa zid man hajjahu burran wa karomah."

Yang bermaksud: "Wahai Tuhan, bahawa Ka'abah ini adalah rumah Mu yang Kamu mengagungkannya, dan Kamu memuliaknnya, dan menghomatkan dia. Wahai Tuhan, Engkau tambahkan kehormatannya dan kemuliaan. Dan kepada orang yang melakukan haji itu tambahlah kehebatan dan kebajikan serta kemuliaannya." Ditambah lagi dengan doa: "Allahumma aftahli abwaba rahmatika wa adhilnia Jannataka wa a'izni mainasy syaitonira rojim."

Yang bermaksud: "Wahai Tuhan, bukalah pintu rahmat Mu dan masukkanlah daku dalam syurga Mu Dan lindungi daku dari gangguan syaitan yang kena rejam."

Apabila memasukki Masjidil Haram (atau mana mana masjid pun), maka pohonlah rahmat-Nya kerana masjid itu ibarat gedong rahmat Allah SWT, berdoa dengan doa: "Allahumma sholli 'ala saiyidana Muhammad, Allahummaghfirli zambi wafthli abwaba rahmatika."

Yang bermaksud: "Ya Allah aku bershelawat terhadap Nabi Muhammad, ya Allah ampunilah dosaku dan bukakanlah sebanyak mana pintu rahmat-Mu."

Rahmat Allah SWT atau kasihan belas yang mencurah dari langit dan tersimpan terutama digedung-Nya dalam masjid, dipohon agar dikurniakan-Nya sama ada rahmat iman atau kesihatan mahupun rezki yang berkat dan sebagainya.

Setelah selesai berdoa maka bersegeralah mengerjakan tawaf dengan tujuan tawaf "Qudum" tawaf selmat datang, sebagai tanda baru menjejakkan kaki di Masjidil haram.

Kecuali ketika memasuki Masjidil Haram, di dapati orang ramai sedang mengerjakan solat fardhu berjamaah.

Apabila hendak mengerjakan tawaf hendaklah ingat enam perkara; yang pertama hendaklah perhati syarat hendak menunaikan solat, dengan syarat itu juga digunakan untuk tawaf, iaitu suci diri dari hadas (kecil atau besar) seterusnya suci dari najis bagi diri pakaian dan tempat tawaf.

Dan wajib menutup aurat, kerana tawaf di Baitullah hakikatnya ialah solat.

Tetapi bezanya ialah Allah SWT mengharuskan bercakap semasa tawaf.

Memakai kain ihram dan sehelai lagi ambil bahagian tengah di bawah ketiak sebalik kanan, hujung kain disebelah kiri dihimpun ke atas bahu sebelah kiri, dan punca kain disebelah kanan diletakkan di bahu kiri juga.

Sentiasa dengan ucapa talbiyyah, kecuali apabila hendak memulakan ibadah tawaf. Sebagi ganti tidak ucap talbiyyah ialah menggantikannya dengan doa doa dari Nabi Muhammad s.a.w.

Jika tidak hafaz doa doa tersebut maka bacalah apa juga ayat al-Quran, atau tasbih dan selawat atas Nabi s.a.w. dan zikrulalh. Tanda hati dan fikiran tidak lalai sebaliknya ingat kepada Allah SWT.

Kedua; setelah sempurna memakai ihram apabila hendak memulakan tawaf, sayugia diingat hendaklah berdiri (di belakang sedikit) dari garis permulaan iaitu bersetentangan penjuru kaabah yang terdapat hajar aswad.

Tidak sayugia bahu kiri terlalu rapat dengan kaabah, jika boleh (berpeluang) sekira kira tiga langkah dari kaabah. Supaya tubuh sesaorang tidak terlalu jauh dengan Baitullah, kerana inilah yang afdhal.

Apabila hendak melangkah kaki memulakan tawaf hendaklah ucap:

"Bismillah wallahu Akbar. Allahumma Imanan bika wa tashdiqan bikitabika wa watsaan bi'ahdika waittiba'an lisunnati Nabiyyika Muhammadin shallahu 'alaihi wa sallam."

Yang bermaksud: "Dengan nama Allah Yang Maha Besar. Hai Tuhanku laksanakan ibadah ini kerana beriman dengan-Mu, dan kerana membenarkan Kitab-Mu (Al-Quran), aku datang kerana setia kepada janjiku untuk mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w." kemudian laksanakan tawaf.

Sesungguhnya tawaf itu tujuh pusingan, tiga pusingan awal dikehendakki supaya berkeadaan "raml" (berjalan cepat dengan langkah pendek), empat pusingan selebihnya dalam keadaan berjalan biasa.

Tujuan besar bertawaf dalam bentuk "raml" dan memakai ihram dengan mendedahkan kepala bahu kanan, ialah hendak tunjuk gagah dan lincah kepada golongan kuffar Makkah.

Supaya orang Islam dari Madinah yang memasuki kota Makkah dipimpin oleh Rasulullah s.a.w., tidak di anggap lemah tidak bermaya.

Dalam beribadah kepada Allah SWT, Islam juga mengajar supaya ada unsur unsur kempen dan propaganda. Agar tidak dipandang lekeh oleh musuhnya bahkan menggerunkan mereka. _
sumber : Harakahdaily.net

Usman Awang merakamkan detik-detik bersejarah 3 Mac 1967 dalam bait-bait puisinya:

Malam itu di Balai Budaya
Api dan Air Mata
Malam itu di Balai Budaya
Seorang guru tua berbicara
'Berarak ke Parlimen, aku di muka'
Malam itu di Balai Budaya
Seorang peguam muda berkata
'Bakar Perlembagaan 152'
Malam itu di Balai Budaya
Seorang pemuda berteriak
'Ayuh, mari kita berarak'
Malam itu di Balai Budaya
Para pelajar berikrar
'Dada kami sedia dibakar'
Malam itulah juga
Parlimen jadi pertanda
Memenggal leher BAHASA