Sunday, May 22, 2011

Doa Jenazah Kanak-Kanak (Tribut Madrasah al-Taqwa, Hulu Langat)

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala pujian tertentu bagi Allah Ta’ala, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, semulia-mulia Rasul dan ke atas keluarga Baginda dan sahabat-sahabat Baginda sekalian.

Ya Allah, jadikanlah anak-anak yang mati ini sebagai suatu pendahuluan dan simpanan pahala, suatu pengajaran, iktibar dan perhatian, serta pertolongan bagi kedua ayah dan ibunya; beratkanlah timbangan pahala kedua ayah dan ibunya dengan sebab kematian anak-anak ini. Berilah rasa kesabaran dalam hati kedua ibu bapanya dan tidak Engkau jadikan Ya Allah, sebagai sebab yang merosakkan iman kedua-duanya serta tidak Engkau sekat kedua-duanya daripada mendapat ganjaran pahala.

Ya Allah, ampunilah dosa kesalahan bagi kami yang masih hidup dan mereka yang telah meninggal dunia dari kalangan kami; dosa-dosa mereka yang hadir dan tidak hadir bersama kami, sama ada kanak-kanak mahu pun yang telah dewasa lelaki dan perempuan. Ya Allah, sesiapa pun yang Engkau hidupkan dari kalangan kami, maka Engksu hidupkanlah mereka dalam keadaan Islam; dan sesiapa jua yang Engkau matikan, maka matikanlah mereka dalam keadaan beriman. Ya Allah, janganlah kiranya Engkau sekat pahala-pahala untuk kami dan jangan pula menjadi fitnah terhadap kami kemudian kelak.

Allah cucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad serta ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda sekalian.

Amiin.


(Tribut Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah al-Taqwa, Hulu Langat)

Friday, May 20, 2011

Pengumuman Kuliah Maghrib

Assalamu'alaikum.

Insya Allah, pada 18 Jamadil akhir 1432H (21 Mei 2011) hari Sabtu malam Ahad, Kuliah Maghrib (Tauhid) akan diadakan di Masjid Jame' Kampung Telok Kemang, Sg. Mati, Ledang, Johor. Kuliah akan disampaikan oleh al-Fakeh Hj. Zahid Bin Anwar (Fakeh Zahid) dan menggunakan kitab al-Dur al-Thamin bagi Syeikh Daud Bin Syeikh Abdullah al-Fatoni. Muslimin Muslimat dijemput hadir.




Kitab al-Dur al-Thamin bagi Syeikh Daud Bin Syeikh Abdullah al-Fatoni

Tuesday, May 10, 2011

Imam Syafi'e - Rahsia

إِذَا المَرْءُ أَفْشَى سِرِّهُ بِلِسَانِهِ * وَ لاَمَ عَلَيْهِ غَيْرِهُ فَهُوَ أَحْمَقُإِذَا ضَاقَ صَدْرُ المَرْءِ عَنْ سِرِّ نَفْسِهِ * فَصَدْرُ الَّذِي يُسْتَوْدَعُ السِّرَّ أَضْيَقُ


Jika seseorang itu
menyebarluaskan rahsianya
dengan mulutnya sendiri,
dan kemudian menyalahkan orang lain…
maka dia adalah seorang yang bodoh

Jika dadanya adalah terlalu sempit
untuk menyembunyikan rahsianya,
maka dada seseorang
yang dia letakkan padanya rahsia itu
malah lebih sempit.

-Imam Syafi'e

Thursday, May 5, 2011

Pengumuman Kuliah Maghrib

Assalamu'alaikum.

Insya Allah, pada 4 Jamadil akhir 1432H (7 Mei 2011) hari Sabtu malam Ahad, Kuliah Maghrib (Tauhid) akan diadakan di Masjid Jame' Kampung Telok Kemang, Sg. Mati, Ledang, Johor. Kuliah akan disampaikan oleh al-Fakeh Hj. Zahid Bin Anwar (Fakeh Zahid) dan menggunakan kitab al-Dur al-Thamin bagi Syeikh Daud Bin Syeikh Abdullah al-Fatoni. Muslimin Muslimat dijemput hadir.




Kitab al-Dur al-Thamin bagi Syeikh Daud Bin Syeikh Abdullah al-Fatoni

Monday, May 2, 2011

Berita Palsu (Untuk Kemarahan Umat)

Mereka sedang meniup
kemarahan sekalian umat
dengan berita palsu keparat.

Semangat jihad terus membakar
lantaran fitnah semakin tersebar
tunggulah saat gemilang pejuang
menunduk yang batil, menjulang yang benar.


Mohammad Zaki Yahpar Yahya (02052011)
Ledang, Johor

Semangat (Tribut Usamah)

Sungguhpun Usamah sudah 'terbunuh',
Semangat Usamah tetap semakin utuh.