Wednesday, April 8, 2009

Wednesday, April 1, 2009

Doa Rabitah... Mudah-mudahan kita dapat mengamalkannya. InsyaAllah.

بسم الله الرحمن الرحيم
دعاء رابِطَه

Doa Rabitah

اَللَّهُمَّ إِنَّ هَذَا إِقْبَالُ لَيْلَكَ وَإِدْبَارُ نَهَارِكَ وَأَصْوَاتُ دُعَاتِكَ فَاغْفِرْلِيْ.

Ya Allah, menjelanglah kini malam (ciptaan) Mu , beredarlah sudah siang-Mu, inilah keluhan suara dan pinta dari para du’ah-Mu, maka oleh itu ampunkanlah dosaku.

اَللَّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمْ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ قّدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكْ وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نَصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطََتَهَا وَاَدِمْ وُدَّهَا وَاهْدِهَا سُبُلَهَا وَامْلَأهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لاَ يَخْبُوْا وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكَ وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ وَأَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ وَأَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِيْ سَبِيْلِكَ إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ اللَّهُمََ آمِيْنْ صَلِّ اللَّهُمَّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini (orang yang telah dibayangkan tadi) telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji-janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalannya (yang sebenar). Penuhkanlah (piala) hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu. (Jika Engkau mentaqdirkan mati) Maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah perkenankanlah permintaan ini.

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ تَسْلِيْمًا كَثِيْرًا.
Ya Allah, restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat Baginda sekaliannya.
Amiin.