Sunday, March 21, 2010

105 DOSA BESAR - AL-HIKAM ALHATIMIYAH (IMAM IBNU ‘ARABI)

1. Syirik kepada Allah SWT.
2. Durhaka kepada orang tua.
3. Berkata dengan keji
4. Membunuh seseorang yang nyawanya telah diharamkan oleh Allah SWT.
5. Lari dari peperangan.
6. Sumpah palsu.
7. Seseorang membunuh anaknya kerana takut memberikan makan bersama anaknya (takut akan miskin)
8. Berzina dengan isteri tetangganya.
9. Sihir.
10. Memakan harta anak yatim.
11. Menuduh wanita baik–baik.
12. Meninggalkan solat.
13. Tidak mengeluarkan zakat.
14. Tidak melaksanakan haji, padahal ia mampu untuk melaksanakannya.
15. Membatalkan puasa tanpa ‘uzur.
16. Meminum khamr (arak), memerasnya, membawanya, menjualnya, dan menikmati harga atau hasil dari jualan khamr (arak) tersebut
17. Mencuri
18. Melakukan perbuatan zina.
19. Melakukan sodomi (liwat).
20. Bersumpah akan tetapi menyalahi sesuatu yang haq.
21. Melakukan Risywah (rasuah) atau suap untuk sesuatu hukum.
22. Berdusta atas Nabi Muhammad SAW.
23. Berbicara tentang Allah tanpa ilmu, baik terhadap Asma’, sifat, af’al dan ahkam-Nya.
24. Mengingkari apa–apa yang telah menjadi sifat Allah dan sifat Rasul-rasulnya.
25. Meyakini bahawasanya kalam Allah dan sabda Rasul-Nya, tidak memberikan manfaat apa-apa.
26. Zahir kalam Allah dan kalam Rasul-Nya adalah batil dan salah, akan tetapi juga kafir, penyerupaan dan sesat.
27. Meninggalkan apa yang dibawa oleh Nabi SAW kerana sekadar mengikuti pandangan orang lain.
28. Mengutamakan khayal yang dinamakan ‘aqal (pemikiran).
29. Mengambil pajak secara zalim.
30. Berbuat zalim terhadap rakyat.
31. Politik yang zalim.
32. Pemimpin yang batil.
33. Idea-idea yang rosak.
34. Menginginkan kasyaf syaitani dari pada apa-apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW
35. Memonopoli dengan harta rampasan.
36. Sombong/Takabbur.
37. Berbangga-bangga.
38. ‘Uzub.
39. Membanggakan (yang berlebihan terhadap pakaian atau orentasi dunia).
40. Ria’ (ingin dilihat orang) dan Sum’ah (ingin didengar orang)
41. Mengutamakan takut terhadap makhluk, dari pada takut terhadap Khaliq (Allah SWT).
42. Mengutamakan cinta kepada makhluk ketimbang cinta kepada Allah SWT.
43. Mengutamakan harapan kepada manusia ketimbang kepada Allah SWT.
44. Berkeinginan untuk menjadi besar di muka bumi ini, dan merosakkannya bila keinginannya itu tidak tercapai.
45. Menghina atau mencaci para sahabat Rasulullah SAW.
46. Merompak.
47. Mengakui kejahatan seseorang dalam ahlinya (dalam melakukan kejahatannya tersebut) sedangkan ia mengetahui akan kejahatan yang dilakukan seseorang tersebut.
48. Menyebarkan atau melakukan adu domba.
49. Tidak melakukan istinja saat setelah melakukan hadath (buang air kecil).
50. Seorang lelaki yang ingin menjadi atau menyerupai wanita.
51. Seorang wanita yang ingin menjadi atau menyerupai lelaki.
52. Seorang wanita yang menyambung dan meminta untuk disambungkan rambutnya.
53. Orang yang menyambung rambut.
54. Tatu.
55. Seseorang yang minta ditatu.
56. Yang mencabuti bulu/rambut halus di muka dan yang memintanya
57. Mencaci atau menghina keturunan
58. Seseorang yang tidak mahu mengakui bapanya.
59. Seorang bapa yang tidak mengakui anaknya.
60. Seorang wanita yang memasukan lelaki asing selain suaminya ke dalam rumahnya.
61. Meratapi kematian.
62. Menampar-nampar pipi (ketika meratapi kematian).
63. Mencabik-cabik atau merobek-robek pakaian (ketika meratapi kematian).
64. Seorang wanita yang mencukur atau memotong rambutnya sampai habis, ketika musibah dan kematian menimpa dan menghampirinya.
65. Merubah manar bumi serta ‘alam-‘alamnya.
66. Memutuskan hubungan silaturahmi.
67. Berlaku tidak adil dalam berwasiat.
68. Tidak memberikan hak waris kepada orang yang berhak menerima warisan tersebut.
69. Memakan mayyit atau bangkai, darah dan daging babi.
70. Membolehkan dan menghalalkan Talak, setelah talak tiga.
71. Melakukan hilah/tipuan atau mencari-cari alasan atas apa-apa yang telah Allah wajibkan atasnya.
72. Menghalalkan segala sesuatu, yang sudah jelas-jelas telah diharamkan oleh Allah SWT.
73. Membolehkan sesuatu yang haram, dan menggugurkan kewajiban dengan hilah.
74. Menjual seseorang yang merdeka.
75. Budak yang lari/ kabur dari tuannya.
76. Seorang isteri yang melakukan nusyuz/durhaka, atau lari dari rumah suaminya tanpa alasan.
77. Menyembunyikan ilmu, ketika ilmu itu sangat diperlukan untuk disebar.
78. Belajar atau menuntut ilmu kerana untuk mencari dunia, kekayaan, serta ingin dipandang oleh manusia.
79. Menyalahi janji.
80. Jahat atau licik dalam permusuhan.
81. Mendatangi wanita dari duburnya (saat melakukan jima’), dan mendatanginya saat waktu haidh tiba.
82. Mengungkit-ungkit sedekah, dan selainnya yang berkaitan dengan amal-amal kebaikan.
83. Berprasangka buruk kepada Allah SWT.
84. Menyalahkan Hukum-Hukum Allah, alam serta menyalahkan agama-Nya.
85. Mendustakan terhadap qadha’ yang telah Allah tetapkan.
86. Mendustakan terhadap takdir Allah SWT.
87. Mendustakan Allah SWT, bahawa Allah Maha Pemaksa atas hamba-Nya.
88. Mendustakan Allah SWT, bahawa Allah telah mengangkat Isa as.
89. Mendustakan Allah SWT, bahawa perkataan baik itu sampai kepada Allah SWT.
90. Mendustakan Allah SWT, bahawa Allah menulis buku catatan di sisi-Nya.
91. Mendustakan Allah SWT, bahawa rahmat Allah itu melebihi murka-Nya.
92. Mendustakan Allah SWT, bahawa Allah bertajalli kepada gunung, maka jadilah gunung itu goncang.
93. Mendustakan Allah SWT, bahawa Allah menjadikan Nabi Ibrahim itu sebagai kekasih Nya.
94. Mendustakan Allah SWT, bahawa Allah memanggil Nabi Musa dan memanggil Nabi kita di hari kiamat kelak.
95. Mendustakan Allah SWT, bahawa Allah telah menciptakan Adam as dengan kedua tangan-Nya.
96. Mendustakan Allah SWT, bahawa Allah menggenggam langit ini dengan salah satu ‘tangan’-Nya serta menggenggam bumi ini dengan ‘tangan’ yang lain di hari kiamat.
97. Mendengarkan pada percakapan suatu kaum, yang mana kaum tersebut tidak menyukainya untuk didengarkan.

1. Seorang isteri yang berbuat keji pada suaminya.
2. Seorang budak yang berbuat keji kepada tuannya.
3. Membuat gambar haiwan, baik itu yang nampak bayangannya atau tidak nampak.
4. Melakukan dan memberikan riba, bersaksi atasnya, serta menuliskannya.
5. Melaknat sesuatu yang tidak berhak untuk dilaknat.
6. Mendatangi dukun, mendatangi paranormal, dan mendatangi tukang sihir, serta mempercayainya, dan mengamalkan apa-apa yang dikatakan oleh mereka.
7. Sujud kepada selain Allah SWT.
8. Bersumpah bukan kerana Allah SWT, ini sesuai dengan sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang bersumpah selain-Nya, maka dia termasuk syirik

Wednesday, March 10, 2010

Ulama Sheikh Mohammed Sayed Tantawi Meninggal dunia Serangan Jantung

KAHERAH: Ulama tertinggi Islam Sunni, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi, meninggal dunia selepas serangan jantung hari ini, ketika sedang menaiki tangga kapal terbang untuk ke Arab Saudi.

Agensi berita MENA, berkata Sheikh Mohammed, Imam Besar Al-Azhar (kedudukan tertinggi dari segi pembelajaran Islam Sunni), berada di Riyadh bagi menghadiri Majlis Anugerah Raja Faisal.

Televisyen Mesir berkata, tokoh kontroversi Mesir yang meninggal dunia pada usia 81 tahun itu, mengadu dalam kesakitan ketika menaiki kapal terbang awal pagi tadi sebelum rebah di tangga.

Allahyarham kemudiannya dikejarkan ke Hospital Amir Sultan di Riyadh, di mana doktor mengumumkan beliau meninggal dunia.

Sejurus selepas Sheikh Mohammed disahkan meninggal dunia, televisyen di Mesir mula menunjukkan rakaman video masjid Al-Azhar sambil diiringi muzik suram.

Anaknya, Amr Tantawi, berkata berita bapanya meninggal dunia adalah satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.

"Ahli keluarga Allahyarham sudah membuat keputusan, iaitu Allah sudah memilih beliau untuk meninggal di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, iaitu tanah suci kedua Islam Madinah," katanya. - AFP

zakiyahpar : Mudah-mudahan Allah merahmati Allahyarham Sheikh Mohammed Sayed Tantawi. Al-Fatihah.

Sumber - http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20100310190347/Article/index_html

Wednesday, March 3, 2010

WANITA DI JANTUNG HATI RASULULLAH S.A.W (Bahagian 4)

4. Pertemuan Pertama Dengan Muhammad SAW.

Pada awal tahun 595 M, para pedagang Mekah mengumpulkan kafilah musim panas mereka agar membawa dagangan mereka ke Syria. Khadijah juga telah menyiapkan barang dagangannya, akan tetapi ia tidak mendapati seorang lelaki yang akan berwenang sebagai agennya. Beberapa orang telah disarankan padanya, namun ia tidak puas.

Melalui beberapa kolega di syarikat dagang Mekah, Abu Talib mengetahui bahawa Khadijah sedang memerlukan seorang agen untuk membawa barangnya bersama kafilah ke Syria. Terfikir oleh Abu Talib bahawa anak saudaranya, Muhammad yang berusia 25 tahun, sesuai untuk pekerjaan tersebut. Ia tahu bahawa Muhammad tidak mempunyai pengalaman sebagai agen, tetapi ia pun tahu bahawa Muhammad akan lebih dari mengejar kekurangannya tersebut dengan bakat yang dimilikinya, ia yakin dengan kemampuan dan kebolehan anak saudaranya. Kerananya, dengan tanpa persetujuan Muhammad, Abu Talib mengutus Atiqah saudara perempuannya untuk menemui Khadijah.

Khadijah, tatkala mendengar nama “Muhammad”, ia berfikir dalam hatinya: “Oh… inikah takwil mimpiku sebagaimana yang diramalkan oleh Waraqah bin Naufal, bahawa ia dari suku Quraisy dan dari keluarga Bani Hasyim, dan namanya Muhammad, orang terpuji, berbudi pekerti tinggi dan nabi akhir zaman.” Seketika itu juga timbullah hasrat di dalam hatinya untuk bersuamikan Muhammad, tetapi tidak dilahirkannya kerana khuatir akan menjadi fitnah.

“Baiklah,” ujar Khadijah kepada ‘Atiqah, “saya terima Muhammad dan saya berterima kasih atas kesediaannya. Semoga Allah SWT melimpahkan berkatnya atas kita bersama.”. Wajah Khadijah cerah, tersenyum sopan, menyembunyikan apa yang ada di kalbunya. Kemudian ia meneruskan: “Wahai ‘Atiqah, saya tempatkan setiap orang dalam rombongan niaga dengan penghasilan tinggi, dan bagi Muhammad SAW akan diberikan lebih tinggi dari biasanya.”