Saturday, October 31, 2009

KEWAJIBAN BERWASIAT, BERTAUBAT SEBELUM TIDUR


Imam Ghazali menyatakan; bahawa doa kebanyakan para nabi a.s., ialah berdoa seperti berikut (yang bermaksud): "Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang aku telah bertaubat, tapi setelah itu aku lakukan semula. Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak aku laksanakan.

"Aku bertaubat daripada dosa waktu aku ibadat untuk-Mu, tetapi tiba-tiba mencelah sesuatu menyebabkan ibadah berubah kepada kerana yang lain daripada-Mu.

"Aku mohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang Engkau kurniakan itu sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah aku gunakannya untuk ingkar suruhan-Mu.

"Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui sama ada yang zahir atau yang terselindung, aku minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada siang hari atau pada malam gelap di tempat tersembunyi, ketika beramai atau ketika seorang diri, ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut."

Demikian doa dan istighfar para nabi sejak daripada Nabi Adam a.s. hingga ke Nabi Muhammad s.a..w., telah dinukilkan oleh Imam Ghazali yang dimuatkan dalam kitabnya untuk mendapat perhatian dan menjadi amalan umat akhir zaman, yang persoalannya sangat penting dan bernilai tinggi.

Kini akan membincangkan mengenai adab tidur. Meskipun tidur itu sebagai perkara tabiei kebiasaan bagi manusia, sebagaimana makan minum dan naluri lain seumpamanya, semua tuntutan naluri tabiei dan segala gerak-geri itu, boleh dijadikan sumber pahala untuk bekalan ahirat.

Tidur merupakan kesinambungan daripada sifat mengantuk. Sesungguhnya sifat mengantuk itu bukan sesuatu yang dicari atau diusahakan, tetapi ia terjadi setelah tubuh letih akibat aktiviti kerja sepanjang hari.

Islam mengajar manusia sama ada perkara yang diikhtiar atau tidak jika seseorang itu tahu, ia akan jadi bekalan hidup di akhirat.

Tidur setelah didahului rasa mengantuk kurniaan Tuhan, akan menjadikan tubuh rehat dan cergas segar semula. Di akhirat ada habuan bagi manusia itu.

Justeru Islam mengajar peraturan dan adab tidur, supaya tidur menjadi suatu ibadah yang berfaedah kepada manusia di dunia dan akhirat.

Peraturan dan adab yang pertama, ialah bersihkan mulut dengan bersugi (gosok gigi) dan bersuci serta berwuduk.

Islam bukan saja suruh berwuduk ketika hendak menunaikan solat atau membaca al-Quran, bahkan Islam anjurkan berwuduk itu mengajar manusia agar tidur dalam keadaan beribadat kepada Allah SWT.

Seseorang yang berwuduk andainya meninggal dunia semasa tidur, maka matinya dalam keadaan suci bersih. Tiada yang boleh beri jaminan bahawa selepas tidur dia akan bernafas semula untuk meneruskan hidupnya.

Oleh itu apabila seseorang hendak tidur dia hendaklah bersiap, kerana dia sendiripun tidak tahu masih adakah baki umurnya selepas tidur.

Setelah bersugi dan berwuduk mereka dikehendaki bersiap menyediakan air (khusus di tempat yang sukar air) untuk bersugi dan berwuduk selepas bangun pagi esoknya.

Jika dia dikurniakan umur lagi, persiapan itu untuk mengulangi keperluan bersugi dan berwuduk sebagai sunnah Nabi s.a.w.

Sebelum meletakkan kepala atas bantal untuk tidur, hendaklah dia menaruh azam dalam hati dengan niat untuk bangun menunaikan ibadat solat tahajud dan witir juga ibadah selainnya.

Kalau tidur berniat begini akan dipermudah oleh Allah SWT untuk bangun pada hujung malam. Ini kerana tidur dengan hasrat untuk melakukan ibadah sebagaimana kelazimannya, tidurnya tidaklah tidur mati tetapi sentiasa teringat-ingat akan niatnya.

Adab tidur seterusnya ialah bagi mereka yang sepatutnya ada wasiat lantaran berhutang, maka kewajiban mereka ialah menyediakan surat wasiat.

Kewajiban orang berhutang ialah berwasiat kepada keluarganya, supaya tanggungjawab itu dipikul keluarganya jika dia meninggal dunia.

Jika orang yang berhutang itu mati menyebabkan rohnya terseksa, tidak dapat ke mana-mana dan tidak dapat menikmati fadilat syahid. Hutang yang belum dilunaskan jadi penghalang menikmati segala fadilat itu.

Orang yang mempunyai keyakinan mengenai bahaya hutang yang belum dijelaskan, wajib baginya berwasiat kerana seseorang itu tidak selamat daripada diambil nyawanya oleh Tuhan semasa tidur.

Hendaklah sedar bahawa seseorang ketika tidur mempunyai peluang lebih luas untuk mati, berbanding peluang untuk terus hidup.

Hal ini kerana apabila seseorang tidur rohnya akan beredar meninggalkan jasad, meskipun jantung dan nadi bergerak darah terus mengalir dan nafas keluar masuk.

Hal tersebut terserah sepenuhnya kepada kudrat Allah SWT. Justeru dalam keadaan tidak sedar kerana roh naik ke atas seperti benar-benar telah mati.
b seterusnya apabila bersiap untuk tidur, seseorang itu bertaubat daripada semua dosa, dan tidur dalam keadaan hati suci bersih dengan semua orang Islam. Tiada hasrat di hati hendak menganiaya orang apabila terjaga esok.

Dengan adab itu dunia akan aman daripada segala kemungkaran dan penyelewengan juga keburukan. Jika seseorang tidak menghormati janji sendiri yang dibuat sebelum tidur, lalu bagaimanakah orang lain akan menghormati dirinya. - lanh _

dipetik dari harakahdaily.net

Monday, October 12, 2009

SIS Kian Melampau, Cabar Keputusan Mahkamah Syariah

(Dipetik daripada harakahdaily.net)
Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi
Fri | Oct 02, 09 | 11:38:24 am MYT

1. Tindakan Sister In Islam [ SIS ] dan Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina [ JAG ] semakin berani mencabar keputusan mahkamah Syariah berhubung isu sebat ke atas Kartika Dewi yang mengaku bersalah minum arak.

2. Biarpun hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah iaitu 6 sebatan dan denda sebanyak RM 5,000 tidaklah sepenuhnya menepati hukum syara' tetapi sekurang-kurangnya ia membawa semangat perlaksanaan undang-undang syariah dalam negara ini.

3. Jika 6 sebatan sahaja dibantah dan ditentang habis-habisan oleh SIS dan JAG, saya tidak dapat gambarkan bagaimana mereka mahu bertindak jika negara ini benar-benar melaksanakan hukum syara' iaitu antara 40 ke 80 kali sebat bagi mereka yang sabit bersalah meminum arak.

4. Jelasnya SIS dan JAG menggunakan hujjah kononnya hukuman itu kejam, menjatuhkan maruah malah bercanggah dengan hak asasi manusia. [ Jika 6 rotan sudah dianggap kejam ertinya mereka akan berkata 40 rotan sangat kejam.]

5. Hujjah yang dikemukan ini nyata menunjukkan kejahilan mereka terhadap hukuman Islam. Mereka tidak melihat kepada hikmah dan unsur spiritual yang terdapat di dalam satu-satu perlaksanaan hukum Islam. Mereka hanya menilai dari unsur luar pula dengan cara yang salah dan menanggapinya dengan persepsi yang asing dari pandangan syara' dan maqasid syari'yyah.

6. Lebih menghairankan, mereka hanya peka terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah, kononnya hukuman itu kejam dan menjatuhkan maruah serta bercanggah dengan hak asasi manusia, sedang mereka tidak bersuara apa lagi menentang hukuman sebat yang dijatuhkan oleh mahkamah sivil ke atas pesalah dalam pelbagai kes jenayah dalam negara kita. Sedang sebatan dalam hukuman Islam tersangat jauh bezanya dengan sebatan dalam hukum sivil.

7. Sebatan mengikut cara Islam :
a] Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter, tebal tidak lebih 1.25 sm
b] Jika pesalah hamil, hukuman dilaksana selepas 2 bulan melahirkan anak
c] Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
d] Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
e] Sebatan dengan kekuatan sederhana
f] Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala
g] Tidak melukakan kulit pesalah.

8. Adapun sebatan mengikut kaedah sivil pula:
a] Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
b] Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat
c] Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja
d] Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat
e] Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
f] Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
g] Sesetengah yang lain menyebat dengan cara sentap.
h] Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana dirasakan cebisan kulit tersentap keluar .


9. Jika SIS dan JAG terus menerus begini seperti mempunyai dendam terpendam terhadap Mahkamah Syariah dengan mengambil langkah menentang keputusannya malah mengheret persepsi mereka yang separuh masak terhadap Islam, suka saya tegaskan Dewan Pemuda PAS Pusat sedia berhadapan dengan SIS dan JAG demi memelihara kesucian Islam sekaligus membetulkan tanggapan salah mereka terhadap Islam.

10. Kami sedia turun dalam apa jua medan atau forum, wacana atau debat dan dialog atau bahas. Sila anjurkan dan kami akan hadir. Tindakan SIS dan JAG sudah keterlaluan. Saya tidak faham, apa yang mereka mahu? Nak jaga maruah? maruah siapa? maruah apa yang mereka nak jaga?

11. Kalau dihukum itu menjatuhkan maruah, maknanya minum arak itu tidak menjatuhkan maruah. Jika sebat pesalah dengan 6 rotan menggunakan kaedah cara sebatan Islam [ biarpun jumlah sebatan itu tidak menepati hukuman Islam ] dianggap kejam, maknanya membiarkan orang mabuk lalu mengheret berlakunya pelbagai jenayah ekoran mabuk seperti berzina atau membunuh itu tidak kejam.

12. Persoalannya, kenapa hukuman sebat yang diputuskan oleh mahkamah syariah dianggap kejam sedang hukuman yang sama diputuskan oleh mahkamah sivil mereka sepi dan membungkam seribu bahasa. Saya nak tanya, apa sebenarnya yang mereka mahu?

13. Sekali lagi saya cabar Dr. Hamidah Marican Pengarah Eksekutif Sistem In Islam membuka gelanggang debat ilmiyyah dan jemput kami Dewan pemuda PAS Pusat bagi kita membahaskan Benarkah Sebat Kartika satu Kekejaman yang Menjatuhkan Maruah?

14. Apakah langkah yang diambil oleh SIS dan JAG sebagai tindakan sengaja mahu memberi tekanan ke atas Mahkamah Syariah dan pihak berkuasa agama dalam negara ini untuk tidak bertindak ke atas pesalah-pesalah agama? atau mereka suka dan bangga melihat negara ini bebas tanpa batas atas nama hak asasi lalu semua boleh berbuat apa sahaja sekalipun suatu yang bertentangan dengan agama?

15. Tindakan SIS dan JAG ini menimbulkan interpersepsi yang bersimpang siur dan paling dekat, orang-orang yang beriman dan bertaqwa melihat mereka ini berniat jahat terhadap agama Islam dan tidak keterlaluan jika ramai yang menganggap SIS dan JAG berlaku biadab terhadap Islam amnya dan mahkamah Syariah khasnya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
(Dipetik daripada harakahdaily.net)

Friday, October 2, 2009

Dosa...

Kalau dikira,
Dosa dan pahala,
Banyak lagi dosa dari pahala,
Entah kenapa,
Susah rasanya,
Untuk menolak hasutan dia,
Syaitan dan nafsu durjana,
Walau diri menahan sedaya,
Akhirnya tewas tidak bermaya,
Titisan airmata,
Mengalir akhirnya
Penyesalan tak terhingga,
Sampai bila agaknya,
Aku harus menanggung rasa bersalah dan berdosa,
Wahai Tuhan, ampunkanlah aku,
Terimalah taubatku,
Hanya pada-Mu,
Tempat ku mengadu.

-zakiyahpar-

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya tak kemaskini blog ni... (",) semalam, Khamis malam Jumaat (01/10/2009) buat akaun twitter... twitter ni nampak lebih mudah berbanding laman2 sosial yang lain... saja je nak tengok macam mana yang orang kata twitter ni mudah... (",) sesiapa yang ada twitter tu, carilah username zakiyahpar dan jadilah follower... oklah... saja je merapu di pagi Jumaat... ok.. Assalamualaikum...