Monday, August 16, 2010

Seorang Anjing Seekor Manusia

Selalu aku perhatikan
anjing kurus dan kotor itu
melintas lalu di lorong ini
dengan kaki terdengkut
akibat dibaling dengan batu.

Hari-hari pun begitulah ia
sering mencari makanan dengan
menyelongkar tong-tong sampah
di kawasan tersebut meski ia akan
terus dibaling dan dibaling lagi
dengan batu.

Suatu petang ia tiba-tiba
menyalak dengan lebih nyaring
daripada selalu sambil menarik
sebuah bungkusan plastik berdarah
untuk seketika sekitar lorong
menjadi gempar lalu orang bergegas
mengejarkan seorang bayi ke hospital.

Seekor manusia membuang anak
Seorang anjing menyelamatkannya.

Pada zaman serba canggih
dan maju ini
anjing
kadang-kadang menjadi lebih baik
daripada manusia!

Zahari Hasib, Teluk Intan, Perak.

Utusan Melayu Mingguan, Isnin, 19 Julai 2010, hal. 13.

2 comments:

  1. puisi yang sangat tajam sindirannya, moga2 dijauhkan diri ini dari menerima ujian sedemikian..astaufirullah al-azim.

    ReplyDelete
  2. malangnya tak ramai pemuda zaman sekarang yg minat kepada puisi

    ReplyDelete