Saturday, January 29, 2011

Mau'idzah - Tatkala Diturunkan Hujan

Dan sunat dibaca tatkala guruh dan kilat:



سُبْحَانَ مَنْ يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَمَلاَئِكَةُ مِنْ خِيْفَتِهِ



Maha Suci Dia yang mana guruh dan kilat bertasbih memuji-Nya, juga para Malaikat kerana takut kepada-Nya.



Dan jangan mengikut matanya akan kilat dan sunat dibacanya tatkala hujan:



اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا



Ya Allah! Turunkanlah hujan yang bermanfaat



Dan apabila kebanyakan hujan yang memberi mudharat dengan dia dibacanya:



اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الآكَامِ وَالظِّرَابِ وَبُطُوْنِ الْاَدَوِيَّةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ



Ya Allah! Palingkan dari kami dan jangan menyusahkan kami. Ya Allah! Tempatkan ia (hujan) di bukit bukau, di tanah tinggi, di dasar-dasar wadi (lembah) dan di tempat-tempat pertumbuhan pokok-pokok.



*Dipetik dari kitab Munyatul Musolli karangan Syeikh Daud Bin Abdullah al-Fatoni.

No comments:

Post a Comment