Friday, November 13, 2009

Tok Guru Batal Hasrat Ke Mekkah!


Assalamualaikum…

Maklumat terbaru yang diterima, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah membatalkan hasratnya untuk ke Tanah Suci Makkah. Berita ini diperolehi daripada www.harakahdaily.net dan http://paszbb.blogspot.com/. Tok Guru dikatakan membuat keputusan itu kerana beberapa ‘serangan’ oleh pihak tertentu berhubung dengan tajaan yang beliau perolehi untuk ke Tanah Suci. Tok Guru membuat kenyataan ini sewaktu menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, Kota Bharu pagi tadi.

Saya turut tersentak apabila membaca berita ini. Sebelum ini, ana ada terbaca tentang beberapa pihak (UMNO-BN) yang mendesak supaya mendedahkan individu yang menaja kos tambang Haji Tok Guru. Selain itu, ana juga ada terbaca tentang artikel yang mengatakan (lebih kepada fitnah sebenarnya) yang mengatakan Tok Guru menggunakan duit Negeri.

MasyaAllah, sampai begitu sekali fitnah dan ujian yang diterima oleh Tok Guru. Bagi mereka yang mengerti, tidak menjadi satu kehairanan apabila seseorang yang ‘alim itu mendapat sesuatu penajaan atau barang yang seumpama dengannya. Penajaan yang dibuat tidak lebih dari untuk mendapatkan berkat dari orang ‘alim seperti Tok Guru.

Begitulah kalau hati kita penuh dengan ‘kekotoran’.

Allah Ta’ala ada berfirman, dalam Surah Al-Baqarah ayat 10 yang mafhumnya :

“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.” (Al-Baqarah : 10)

Tok Guru juga menyatakan bahawa beliau dan menantunya juga turut menjadi mangsa fitnah dan dikhianati oleh pihak-pihak tertentu. Pasti tangan-tangan jahat yang merancang perkara ini tersenyum lebar mendengar berita ini.

Begitulah adat dan ujian bagi pejuang dan penegak ISLAM. Setiap mereka akan diuji dari seringan-ringan ujian hinggalah kepada seberat-berat ujian. Kita perlu sabar dan tetap teruskan perjuangan berdasarkan landasan utama iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Kepada sekalian umat ISLAM dan mereka yang menyokong perjuangan ISLAM, marilah kita sama-sama berdoa agar Allah Taala membukakan pintu hati mereka yang masih gelap dan tertutup hatinya. Selain itu juga, marilah kita sama-sama mendoakan agar Allah Taala memberikan kekuatan kepada Tok Guru dan keluarganya dalam menghadapi segala macam tohmahan dan fitnah dari puak-puak yang jahat.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

6 comments:

  1. Salam,
    begitu hebat serangan ke atas batang tubuh seorang tua ini.. Alangkah kerdilnya kita yang kononnya mengaku sebagai pejuang Islam tapi terlalu malas dan takut dengan puak toghut dan sekular yang zalim!

    Dimanakah kita sebenarnya?

    Allahuakbar!

    ReplyDelete
  2. begitulah...
    bagaimana agaknya tahap kesabaran Tok Guru..
    Sampai begini sekali ujian yang diterimanya...
    kalaulah orang biasa macam kita ni yang terima ujian macam ni, tak tau apa tindakan kita dan tak tau sama ada kita dapat tanggung ataupun tidak...

    الله أكبر!

    ReplyDelete
  3. terkejut!
    sy x menyangka smpai camni skali jdnya.. sesungguhnya sy langsung tidak tahu keputusan tok guru ini.. bila saya buka blog ini, alangkah terperanjatnya saya.. saya hampir menangis bila membaca bait2 perkataan di blog saudara..
    apa nak jadi ni..
    allahuakbar!

    ReplyDelete
  4. Terima kaseh kerana sudi menjeguk dan menjadi follower di blog saya.
    Saya juga amat terkejut dan merasai kesedihan dan kekecewaan yang dialami oleh Tok Guru.
    Kadang kala saya terfikir, maseh ada lagi orang yang tidak percaya dengan keperibadian Tok Guru.
    Sudah menjadi lumrah bagi mereka yang menegakkan Islam, pasti ada saja halangan dan pancaroba yang datang sama ada dari orang kafir malahan dari orang yang mengaku Islam juga.
    Itulah yang menjadi faktor utama mengapa saya berasa amat kecewa dengan sikap sesetengah manusia yang ada di Malaysia ni...

    الله أكبر!

    ReplyDelete
  5. MasyaAllah..ujian sebesar itu pasti menyentap hati beliau..mana tidaknya tugasan kepimpinan dilaksanakan dengan penuh jujur tapi ada sajer pihak yang tidak suka...Harap kita tidak berdusta dan membuat dusta dalam kehidupan seharian..Takutlah dengan Azab Allah

    ReplyDelete
  6. itulah... bimbang akan turun bencana dari Allah Taala... Doa seorang yang 'alim dan teraniaya dimakbulkan oleh Allah Taala...

    ReplyDelete