Kenduri arwah hukumnya harus kerana tiada dalil melarang daripada berbuat demikian. Tidak semestinya suatu yang Rasulullah s.a.w dan sahabat Nabi tidak lakukan kita tidak boleh melakukannya.
Sumber hukum ialah Al-Quran, Sunnah, Ijma', dan Qias, tiada pada sumber hukum suatu yang dinamakan pekara ini tidak datang warid daripada salaf, sehingga Rasulullah s.a.w meninggalkan memperbuat sesuatu tidak dikira semata-mata haram.
Di dalam amalan kenduri arwah ada bersedekah makanan kepada tetamu yang hadir, membaca ayat Al-Quran, berzikir yang mana pahalanya diniatkan untuk si mati, maka ini adalah sunat, kerana banyak dalil yang menyatakan amalan orang hidup boleh menolong orang yang telah mati.
Amalan orang hidup boleh menolong orang mati
Abu Daud dan Baihaqi ada meriwayatkan
كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا فرغ من دفن الميت وقف عليه فقال : “استغفروا لأخيكم وسألوا له التثبيت فإنه الآن يسأ ل “. رواه أبو داود
Adalah Nabi صلى الله عليه وسلم apabila selesai menanam mayat berhenti di atas kubur maka Baginda berkata minta ampun sekalian kamu bagi saudara kamu dan do’akan baginya ketetapan, sesungguhnya dia sekarang ditanya.
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ رَجُلا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أُمِّي افْتُلِتَتْ نَفْسُهَا وَأَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ فَهَلْ لَهَا أَجْرٌ إِنْ تَصَدَّقْتُ عَنْهَا قَالَ نَعَمْ
Dari A'isyah رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا bahawa sesungguhnya telah datang seorang lelaki pada Nabi صلى الله عليه وسلم seraya berkata : Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal mendadak sebelum berwasiat, kukira bila dia sempat berbicara mestilah ia akan bersedekah, bolehkah aku bersedekah atas namanya?, Rasul صلى الله عليه وسلم menjawab : “Boleh” (Sahih Muslim)
Berkata Imam Nawawi rahimahullah di dalam Syarah Muslim :
وفي هذا الحديث أن الصدقة عن الميت تنفع الميت ويصله ثوابها وهو كذلك باجماع العلماء وكذا أجمعوا على وصول الدعاء
“Dan dalam hadith ini (hadith riwayat sahih muslim di atas) menjelaskan bahawa sedekah untuk mayat bermanfaat bagi mayat, dan pahalanya disampaikan pada mayat, demikian pula menurut Ijma' (sepakat) para ulama, dan demikian pula mereka bersepakat atas sampainya do’a”
Maka apabila keluarga si mati menyediakan makanan dengan maksud bersedekah maka hal itu sunat, apalagi tatkala diniatkan pahala sedekahnya untuk mayat, demikian kebanyakan orang yang kematian kerabat, mereka menjamu tetamu dengan sedekah makanan yang pahalanya untuk si mati, maka hal ini sunat.
Sementara orang ramai yang datang mensedekahkan pahala bachaan Al-Quran, zikir, dan lainnya bagi si mati kan itu sunat.
عن القرطبي من حديث علي رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من مر على المقابر وقرأ قل هو الله أحد إحدى عشرة مرة ، ثم وهب أجره للأموات أعطي من الأجر بعدد الأموات
Qurtubi ada meriwayat hadith dari Saidina Ali, dia berkata telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم “Barang siapa lalu di perkuburan dan membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali kemudian dia menghadiahkan pahala bacaannya kepada sekalian orang yang telah mati nescaya diberikan kepadanya pahala sebanyak mana bilangan orang yang telah mati”.
قال أحمد بن حنبل : إذا دخلتم المقابر فاقرءوا الفاتحة والمعوذتين ، وقل هو الله أحد واجعلوا ثواب ذلك لأهل المقابر فإنه يصل إليهم ،.
Imam Ahmad berkata apabila kamu berada di perkuburan hendaklah kamu membaca (قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَق) ((قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الناسِ dan ( قل هو الله أحد) dan kamu jadikan pahalanya bagi ahli demikian perkuburan maka sesunguhnya pahala itu sampai kepada mereka itu.
Berkata Imam Nawawi di dalam Syarah Muslim:
والمشهور في مذهبنا أن قراءة القرآن لا يصله ثوابها ، وقال جماعة من أصحابنا : يصله ثوابها ، وبه قال أحمد بن حنبل
Yang mashur pada Mazhab syafie bahawa bachaan Al-Quran tidak sampai pahalanya tetapi berkata kebanyakan ulama' Syafie “sampai pahala bachaan Al-Quran, dan Imam Ahmad bin Hanbal berkata seperti itu (sampai pahala bachaan Al-Quran).
Orang hidup boleh menggantikan puasa orang mati:
Bukhari dan Muslim ada meriwayat hadith:
قال النبي- صلى الله عليه وسلم: “من مات وعليه صيام صام عنه وليه” يعني قريبه،
Bersabda Nabi صلى الله عليه وسلم “Sesiapa yang mati dan dia ada meninggalkan puasa yang wajib atasnya, maka kaum kerabatnya berpuasa ganti bagi pihaknya”.
Kesudahan:
Mengatakan kenduri arwah amalan jahiliah adalah melampau pada menghukum, serta tidak bercermat pada demikian itu.
Setiap hukum yang hendak dikeluarkan biarlah mengikut qaidah (cara) yang betul bukan agak-agak.
Setiap mazhab ada sumber hukum tersendiri.
Pada amalan yang berbentuk fadilat kita dibolehkan untuk beramal dengan hadith yang dhaif (lemah), begitu juga menurut Mazhab Syafie kita dibenarkan beramal qaul yang dhaif, tetapi pada menghukum atau mengeluar fatwa hendaklah dengan qaul yang muktamad.
Qaul marjuh tidak boleh diamalkan. Qaul marjuh di dalam Mazhab Syafie ialah lawan qaul sahih. والله اعلم .
SUMBER
No comments:
Post a Comment