Sunday, April 11, 2010

Fiqh: Berubat Dengan Benda Najis

Najis adakalanya arak (air perahan anggur yang memabukkan) atau segala yang cair yang memabukkan (air perahan lain daripada anggur yang memabukkan) dan adakalanya lain daripada demikian itu. Maka jika najis itu adalah arak, atau suatu yang cair yang memabukkan nescaya tidak harus meminumnya walaupun untuk dibuat ubat, melainkan jika tidak berubat dengannya boleh membawa maut maka harus berubat dengannya jika tidak ada yang lain. dan orang yang tercekik suatu pada kerongkongnya dan tidak ada benda yang lain melainkan arak untuk melalukan benda yang tersekat pada kerongkong itu maka hendaklah dia memperlalukannya dengan arak. Sekiranya ada di hadapan orang yang tercekik sesuatu, air kencing dan arak maka hendaklah dia melalukan benda yang menyekat kerongkongnya dengan air kencing.

Berubat dengan suatu yang najis selain arak tidak harus melainkan tidak ada ubat yang lain yang boleh mengganti tempatnya, pada ketika itu harus berubat dengan suatu yang najis.

Dengan ini dapat kita faham bahawa syarat boleh berubat dengan arak sekiranya tidak berubat dengannya boleh membawa maut. Jika tidak berubat dengannya tidak membawa maut hanya lambat sembuh atau hanya tidak sembuh dari penyakit maka berubat dengannya adalah haram.

Dan kita faham bahawa berubat dengan lain daripada arak syaratnya jika tidak ada yang boleh menganti tempatnya, dengan makna apabila takut tidak sembuh boleh berubat dengannya, tidak perlu tunggu hingga takut membawa maut jika tidak berubat dengannya. والله اعلم

SUMBER

2 comments:

  1. terima ksih...bagaimana pula jika satu kes seorg bayi ditimpa sakit & masyarakat ditempatnya menyuruh ibu & bapa bayi tersebut berubat dengan mengambil air mata pada "patung budhha tidur" boleh tolong jelaskan?

    ReplyDelete
  2. Siapa 'masyarakat' yang dimaksudkan?

    ReplyDelete