Sunday, May 22, 2011

Doa Jenazah Kanak-Kanak (Tribut Madrasah al-Taqwa, Hulu Langat)

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala pujian tertentu bagi Allah Ta’ala, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, semulia-mulia Rasul dan ke atas keluarga Baginda dan sahabat-sahabat Baginda sekalian.

Ya Allah, jadikanlah anak-anak yang mati ini sebagai suatu pendahuluan dan simpanan pahala, suatu pengajaran, iktibar dan perhatian, serta pertolongan bagi kedua ayah dan ibunya; beratkanlah timbangan pahala kedua ayah dan ibunya dengan sebab kematian anak-anak ini. Berilah rasa kesabaran dalam hati kedua ibu bapanya dan tidak Engkau jadikan Ya Allah, sebagai sebab yang merosakkan iman kedua-duanya serta tidak Engkau sekat kedua-duanya daripada mendapat ganjaran pahala.

Ya Allah, ampunilah dosa kesalahan bagi kami yang masih hidup dan mereka yang telah meninggal dunia dari kalangan kami; dosa-dosa mereka yang hadir dan tidak hadir bersama kami, sama ada kanak-kanak mahu pun yang telah dewasa lelaki dan perempuan. Ya Allah, sesiapa pun yang Engkau hidupkan dari kalangan kami, maka Engksu hidupkanlah mereka dalam keadaan Islam; dan sesiapa jua yang Engkau matikan, maka matikanlah mereka dalam keadaan beriman. Ya Allah, janganlah kiranya Engkau sekat pahala-pahala untuk kami dan jangan pula menjadi fitnah terhadap kami kemudian kelak.

Allah cucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad serta ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda sekalian.

Amiin.


(Tribut Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah al-Taqwa, Hulu Langat)

No comments:

Post a Comment