Thursday, January 7, 2010

Nama Allah : Dalam Konteks Fiqh Mahalli (Tempatan) Di Malaysia.

Assalamualaikum... Pada asalnya, nama Allah boleh digunakan oleh semua manusia. Oran Kristian di Arab memang sudah lama menggunakan nama Allah tetapi dalam konteks di Malaysia, dan menurut konteks Fiqh Mahalli (Fiqh Tempatan), masyarakat di malaysia menganggap ia suatu perkara yang baru dan 'pelik'. Jadi kerajaan boleh menghalang orang bukan Islam untuk menggunakan nama Allah. Perlu diingat bahawa larangan penggunaan nama Allah itu merujuk kepada penggunaan dalam menyamakan Allah dengan Tuhan yang mereka anggap ada anak (konsep Trinity). Yang menjadi 'kesilapan' utama ialah perbicaraan yang dibuat berkenaan permohonan untuk menggunakan nama Allah itu telah dibuat di Mahkamah tinggi, bukan di Mahkamah Syariah. Sepatutnya perbicaraan dibuat di Mahkamah Syariah kerana ia melibatkan agama Islam. Kebimbangan utama yang bermain di fikiran ialah penggunaan nama Allah boleh mengelirukan umat Islam di Malaysia. Sebagai contoh, jika gereja turut ditukar namanya kepada 'Rumah Allah', bukankah ia telah sama dengan masjid yang juga digelar 'Rumah Allah'. Kebimbangan lain pula ialah jika orang-orang buakn islam meletakkan nama Allah pada berhala-berhala dan mungkin juga akan diletakkan pada 'Jesus' yang disalib di gereja-gereja. Kebimbangan yang disuarakan oleh Dato' Dr. Haron Din ini ada asasnya juga. (Anda boleh mendengar lebih lanjut di laman youtube). Wallahu a'lam.

2 comments:

  1. salam tuan rmh..saya jg ada menjelaskn persoalan ini secara detail di blog sy..tngk pd tajuk kekeliruan isu penggunaan nama Allah pd n3 sy..mdh2an segala persoalan akan terjawab jg.

    hmm..sbnrnye rmi pihak masih keliru ttngnye..mula keliru sbb ada ckp ianya dibenarkan dlm islam..kekeliruan ini juga krna kita semua jahil agama..dan bnyk hukum hakam agama yg masih kita belum ketemui.dan bila orng ckp boleh maka kita mula melenting dek kerana kejahilan kita..

    namun walaupn dibenarkn dlm islam penggunaan tersebut,jika jelas penggunaannya mempunyai niat untuk mengancam umat islam maka kita semua wajib menentang akan perkara ini..

    ReplyDelete
  2. Syahbandar87, terima kaseh kerana memberikan pandangan.. memang benar ramai antara kita yang maseh keliru tentang keadaan sebenar dalam isu ini. Masyarakat di Malaysia menganggap perkara ni memang pelik dan baru. Mudah-mudahan segala yang berlaku ini akan cepat selesai supaya tidak berlaku sebarang kejadian yang lebih buruk berlaku... Wallahu a'lam...

    ReplyDelete