Cinta itu fitrah bagi manusia... Namun, hati-hati memilih dan menyusun cinta. Jangan tersalah menyemai cinta pada yang fana'... Cinta yang hakiki pada Yang Baqa'... Jangan jadi hamba cinta yang sementara... Dengarkan hikayat ini yang penuh bererti...
Setelah
burung Hud-hud selesai bercerita, burung-burung yang lain mula
bersemangat membahas kebesaran Sang Raja dan dipenuhi kerinduan untuk
menerimanya sebagai penguasa mereka. Semuanya tidak sabar untuk segera
berangkat. Mereka memutuskan untuk pergi bersama; masing-masing ingin
menjadi sahabat yang lainnya dan menjadi musuh untuk dirinya. Tetapi,
ketika mereka menyedari betapa jauhnya perjalanan dan betapa beratnya
menempuh perjalanan itu, mereka mula ragu-ragu.
WaIaupun setiap burung sudah berniat untuk menempuh perjalanan, masing-masing mengajukan keberatan. Burung bulbul yang sedang kesamaran, maju ke hadapan dengan penuh perasaan. Dia mencurahkan gelora hatinya pada ribuan nada lagu-lagunya. Pada setiap nada ada satu aIam rahsia. Ketika dia menyanyikan seluruh misteri ini, burung-burung menjadi bungkam, “Rahsia cinta sudah aku ketahui.” katanya. “Sepanjang malam, aku ulang lagu-lagu cintaku. Tidak adakah Daud yang malang supaya aku dendangkan baginya mazmur cinta yang penuh kerinduan?"
Rintihan seruling yang manis terjadi keranaku, begitu pula jeritan suara biola. Ku ciptakan goncangan antara bunga mawar dan juga hati para pencinta. Selalu ku ajarkan misteri baru. Setiap saat aku ulangi lagu-lagu derita yang baru. Ketika cinta menguasai jiwaku, nyanyianku seperti lautan yang menderu. Sesiapa sahaja yang mendengarku, meninggalkan akal sihatnya walaupun dia termasuk orang bijak.
Jika aku berpisah dari Mawar kesayanganku, aku berdukacita. Ku hentikan nyanyianku dan tidak ku ceritakan rahsiaku kepada sesiapa pun. Rahsiaku tidak diketahui oleh sesiapa pun, hanya Sang Mawar yang tahu dengan pasti. Begitu dalamnya aku mencintai Sang Mawar, aku tidak pernah lagi memikirkan wujudku sendiri. Aku hanya memikirkan Sang Mawar dengan putik sarinya.

Perjalanan
menuju Simorgh di luar kemampuanku. Cinta Sang Mawar sudah cukup bagi
burung bulbul. Untuk dakulah Sang Mawar berbunga dengan ratusan
putiknya; apalagi yang aku inginkan Sang Mawar yang merekah hari ini
penuh dengan kerinduan dan ia tersenyum bahagia buatku. Ketika ia
menampakkan wajahnya di balik kelambu, aku tahu itu dilakukan untukku.
Bagaimana mungkin Sang Bulbul melewatkan satu malam pun tanpa kecintaan
pesona ini?”
Burung Hud-hud menjawab: “Wahai Bulbul yang terpesona oleh bentuk luar! Berhentilah dalam kebahagiaan kerana keterikatan kepada hal yang menipu. Kecintaan Sang Mawar mengandungi banyak duri: ia telah mengganggu dan menguasaimu. Walaupun Mawar itu indah, keindahannya akan segera hilang. Sesiapa sahaja yang mengejar kesempurnaan diri, tidak boleh menjadi hamba bagi cinta yang segera berlalu. Jika senyum bunga mawar membangkitkan ghairahmu, senyum itu akan mengisi siang malammu hanya dengan rintihan. Tinggalkan Mawar, kerana pada setiap musim bunga yang baru, ia mentertawakanmu. Setelah itu, ia tidak pernah tersenyum lagi. Malulah kamu pada dirimu!

(Fariduddin al-'Attar)