Wednesday, June 9, 2010

Qaedah yang keempat al-darar yuzalu القاعدة الرابعة الضرر يزال

Kemudaratan itu hendaklah dihilangkan.

Masuk dalam qaedah ini beberapa masalah fekah:

Memulang kan barang yang dibeli kerana ada aib (rosak), dipulangkan kerana memudaratkan pembeli dengan aib itu.

Membeli secara paksa oleh orang yang bersyarikat akan bahagian sekutunya yang dijual kepada orang lain kerana mudarat, sebab apa mudarat? sebab tidak diketahui keadaan sekutu yang baharu.

Menahan kanak-kanak, orang gila, orang bodoh, orang yang muflis, dan orang yang sakit yang ditakuti mati dengan sakit itu daripada memerintah harta.

Memfasakh nikah dengan sebab aib.

Orang yang sakit yang mana sakit itu ditakuti membawa mati hanya lulus tasarufnya (memperguna harta) satu pertiga.

Semua masalah ini dan masalah didalam qaedah-qaedah yang lain jika hendak mengetahui lebih terperinci sila rujuk di dalam kitab fekah disini hanya rengkas kerana hendak menyatakan qaedah sahaja.

الضرورات تبيح المحظورات بشرط نقصان المحظورات عن الضرورات

Kesempitan itu menarik kemudahan, dengan syarat kurang yang ditegah dari mudarat.

Contoh:
Harus melalukan dengan arak makanan yang tersekat di kerongkong yang boleh membawa maut.

Harus makan bangkai ketika bersangatan kelaparan.

Wajib membongkar (gali semula) kubur kemudian dari menanam mayat yang tidak dimandikan atau tidak dihadapkan kekiblat.

Maksud بشرط نقصان المحظورات عن الضرورات ialh supaya terkeluar dari qaedah ini mayat nabi-nabi tidak boleh dimakan oleh orang yang bersangatan lapar kerana kehomatan mereka lebih besar di sisi syarak daripada diri orang yang kelaparan.

Semakna dengan qaedah ini

لا حرام مع الضرورة ولا كراهة مع الحاجة

Tidak haram serta bersangatan kepayahan , dan tidak makroh serta berhajat.

ما أبيح للضرورة يقدر بقدرها

Suatu yang diharus kerana darurat dikadar mengikut kadarnya.

Setengah perkara yang masuk dibawah qaedah ini:

Makan bangkai hanya sekadar memelihara nyawa, tidak boleh melebihi dari itu.

Orang yang beristinja denga batu atau barang yang semakna dengannya adalah sah sembahyangnya tetapi tidak sah sembahyang orang yang menanggung orang yang beristinja dengan batu.

الضرر لايزال بالضرر

Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan.

Contohnya:
Orang yang kelaparan tidak boleh memakan makanan orang lain yang sedang kelaparan juga.

Sekiranya sempit kemaluan perempuan yang hadapan dan tak boleh hendak diwati melainkan dengan diperluaskannya maka tidak haram wati kerana mudarat suami yang tak boleh wati tidak boleh dihilangkan dengan memberi mudarat pada perempuan itu.

الحاجة تنزل منزلة الضرورة

Hajat menepati tempat darurat.

Contoh:
Harus makan harta rampasan perang di nagara harbi dan tidak disyaratkan bagi orang yang makan bahawa tidak ada sertanya orang lain.